Bermula pada 18 Mac 2020, Malaysia telah menguatkuasakan perintah kawwalan pergerakan. Banyak sekatan jalan raya dibuat oleh pihak polis semalam.
Namun agak mengejutkan ramai mereka ni menjadikan alasan nak menjemput teman wanita sebagai sebab mereka ingkar arahan kawalan pergerakan.
Selain itu ramai juga menggunakan alasan, menjemput isteri dan menziarahi keluarga apabila ditahan dan ditanya oleh pihak polis.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin@ Hilmi, berkata operasi dilakukan di Bangsar South dan Taman Tun Dr Ismail.
Ianya adalah sebahagian langkah untuk menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Menurutnya, selain itu, pihaknya juga akan membuat pemakluman melalui pembesar suara di dalam unit kereta peronda (MPV).
Dipetik daripada Berita Harian Online, Hilmi berkata: “Kita juga akan buat di masjid, surau dan tempat-tempat tumpuan seperti di Kl Sentral serta bangunan pejabat.”
“Pemeriksaan premis perniagaan yang dijalankan juga dapati masih ada premis yang bukan dikategorikan dalam perkhidmatan penting (essential service) masih menjalankan perniagaan dan mereka dinasihatkan untuk menutup perniagaan seperti diarahkan.”
Masih ada segelintir masyarakat yang berdegil dan keluar rumah tanpa urusan pentinghttps://t.co/ayXLsfpjWv
— Berita Harian (@bharianmy) March 19, 2020
Beliau meminta orang ramai mematuhi arahan dan mereka dinasihatkan duduk di rumah dengan mengehadkan pergerakan keluar.
Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh berhubung pusat pengurusan operasi negara di talian hotline 03-88882010 atau hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields 03-22979222.
Kes Covid-19 di negara kita semakin meningkat. Salah satu sebab kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan adalah untuk mengawal virus daripada terus menular dan merebak.
Pastikan anda sentiasa berada di rumah dan sentiasa membersihkan tangan anda dengan sabun.
Sumber: BH Online