Sebenarnya pada hari ini, banyak sekali benda pelik dibuat manusia pada hari perkahwinan. Namun yang satu ini mungkin antara yang paling gila.
Setiap orang akan teruja menerima jemputan menghadiri majlis perkahwinan. Namun bukan yang satu ini. Di mana pihak pengantin meletakkan banyak syarat gila yang tidak masuk akal.
Kad jemputan adalah dalam bentuk email yang dihantar kepada rakan rakan. Dengan beberapa peraturan yang ketat dikenakan kepada tetamu untuk mereka ikuti atau tidak dibenarkan masuk.
Antaranya adalah, tetamu wajib memberikan hadiah wang tunai kepada pengantin bernilai $75 (sekitar RM316) dan dilarang sama sekali bercakap dengan pengantin perempuan. Walaupun kamu ahli keluarga ataupun rakan sebilik di kolej.
Email jemputan itu dikongsikan seorang netizen di Reddit. Email itu harus dibalas untuk mengesahkan kehadiran. Dan dalam jemputan itu, bertulis: “Selamat pagi nama saya A***. Saya adalah perancang perkahwinan untuk pasangan A dan B [nama disenset].”
“Saya menghubungi semua tetamu yang telah disahkan untuk melakukan kiraan terakhir jumlah hadirin dan akan terus merujuk kepada beberapa peraturan dan undang-undang pada hari perkahwinan.”
“Pertama sekali, adakah anda masih hadir dengan tambah seorang lagi?”
“Peraturan dan regulasi”
“Satu – sila sampai 15 – 30 minit lebih awal. Dua – Jangan memakai putih, krim atau ivori.”
“Tiga – Tolong jangan memakai apa-apa selain basic bob atau ponytail.”
“Empat – Tolong jangan bersolek penuh muka. Lima – Jangan merakam semasa upacara. Enam – Jangan check in ke Facebook sehingga diarahkan.”
“Tujuh – gunakan #[khas] ketika memuat naik semua gambar. Lapan – Jangan sama sekali bercakap dengan pengantin wanita. ”
“Sembilan – Semua orang akan bersulang dengan Remy. Sepuluh – yang terakhir, mesti datang dengan hadiah $75 atau lebih atau anda tidak akan diterima masuk. ”
Ternyata ramai netizen yang menyatakan bahawa mereka akan memboikot perkahwinan seperti ini.