Jenis Jenis Penyerang Dalam Bola Sepak: Target Man, False 9. Poacher Dan Lain Lain

Dalam bola sepak, penyerang sebenarnya ada beberapa jenis. Ianya digelar type of striker ataupun breed / baka. Bukan semua penyerang itu keras. Dan bukan semua penyerang itu boleh menggelecek 2-3 pemain.

Setiap jenis penyerang itu ada ciri ciri uniknya tersendiri. Ada kekuatan dan kelemahan tertentu. Namun tujuan mereka tetap satu, menjadi penggempur utama di barisan hadapan.

Terdapat tiga jenis penyerang yang paling utama sebelum kita pecahkan nanti.

1. Penyerang tengah / center forward – menjadi penyerang di barisan atas

2. Penyerang kedua / second striker – juga digelar support striker/ penyerang sokongan.

3. Penyerang sayap / wing arttacker – penyerang dari sayap, berbeza dengan pemain sayap biasa/side midfielder.

Berikut adalah pecahan lebih banyak tentang penyerang ini

1. Complete forward

Penyerang ini termasuk dalam kategori center forward. Penyerang yang menjadi target man dan pada masa yang sama lebih dari sekadar target man. Mereka gabungan target man dengan second striker.

Boleh mencari dan mencipta gol dengan usaha mereka sendiri kerana lincah dan berskil. Contohnya, Thierry Henry, Ronaldo R9, Griezmann, Luis Suarez, Cavani dan Zlatan Ibrahimovic.

Mereka juga digelar the playmaker-attacker. Kerana boleh menjadi playmaker di hadapan.

Baka  ini idaman semua pengurus satu ketika dahulu.

2. Target man

Juga baka dari center fowarard. Penyerang yang lasak dan fizikal. Mereka bermain dengan cara klasik. Menunggu dalam box dan bergasak dengan center back yang lasak.

Contohnya, Didier Drogba, Olivier Giroud, Romelu Lukaku, Harry Kane, Peter Crouch Miroslav Klose dan Robert Lewandowski. Seterusnya Andy Carroll masa prime kat Newcastle menepati ciri lengkap target man.

Mereka sukakan duel dan memerlukan servis berterusan daripada pemain sayap – menerusi cross. Ketamakan pemain sayap akan mematikan fungsi mereka.

Jadi, nak mendapatkan hasil terbaik daripada mereka, pastinya cross banyak banyak.

3. Poacher

Terus ingat Filipo Inzaghi. Pemain yang tidak boleh menggelecek, tidak keras, dan selalu ofsaid. Mereka baka yang tidak sukakan pertarungan fizikal, namun tetap suka berada dalam box.

Sebab tu mereka digelar fox in the box. Mereka mencari ruang yang kecil untuk menyambar peluang yang ada. Naluri mereka sangat tinggi. Selain Inzaghi, Ruud Van Nistlerooy dan juga Javier Hernandez.

MANCHESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 27: Ruud van Nistelrooy and Cristiano Ronaldo of Manchester United celebrates scoring the third goal during the UEFA Champions League match between Manchester United and Benfica at Old Trafford on September 27 2005 in Manchester, England. (Photo by Matthew Peters/Manchester United via Getty Images) *** Local Caption *** Ruud van Nistelrooy;Cristiano Ronaldo

Dalam era moden ini ada juga gelaran modern poacher seperti Javier Hernandez, Gabriel Jesus dan Sergio Aguero. Mereka ni kurang sikit manja berbanding poacher klasik yang perlu disuap.

Nistelrooy pernah mengamuk kerana Ronaldo masa tu turut mencari gol berbanding cross kepada dia seperti Beckham. Ada satu teori tentang poacher ni, kalau nak mereka skor 20-30 gol semusim, satu pasukan harus sedia berkorban apa sahaja demi seorang poacher.

Mereka tak akan turun bertahan dan mereka akan sentiasa berlegar di hadapan menunggu peluang.

Untuk kes Aguero, beliau juga digelar complete attacker oleh beberapa pengulas kerana keupayaannya yang sangat advance.

4. False Nine

Mereka ni bukan dari kalangan penyerang tulen. Ianya lebih kepada pemain no.10 yang mampu menjaringkan gol ditugaskan menjadi penyerang utama. Jika ada no.9 pure dalam sistem, maka mereka digelar penyerang kedua. Kalau mereka yang menjadi kepala serangan, maka mereka adalah false 9.

Ramai yang keliru dengan false 9 dengan deep lying forward. Misalnya ayat ini: “Giroud harus bermain false 9 la bro, turun ke bawah sikit.”

Itu tak tepat sebab Giroud memang no.9. Tapi tukar ayat kepada deep lying forward role ataupun floating attacker.

Legenda false 9 pastinya Messi. Seterusnya boleh juga merujuk kepada Wayne Rooney, Roberto Firmino dan peranan Fabregas satu ketika dulu bersama Sepanyol.

Seterusnya Totti juga dianggap watak penting dalam mencorakkan revolusi False 9.

5. Inside forward

Daripada kategori wing attacker, namun lebih ke dalam sikit di half space. Peranan ini digemari Eden Hazard, Coutinho. Neymar ataupun Lionel Messi dalam sistem yang memerlukan dia bermain di tepi sikit.

Mirip sekali dengan inverted winger. Namun syarat inside forward ini, tak semestinya pemain itu adalah kakinya bertentangan dengan posisi, itulah bezanya dia dengan inverted winger.

6. Inverted winger

Arjen Robben dan Mo Salah adalah nama yang terus dalam kepala kita. Cristiano Ronaldo pada era prime beliau juga begitu, ketika Sir Alex menukarkannya ke peranan sayap songsang.

Lebih wide berbanding Inside Forward, namun peranan mereka sangat mirip. Ramai inside forward juga suka bermain di posisi songsang sana seperti inverted winger kerana mahu cut inside and shot.

Jadi contoh inverted winger dan inside forward ni sangat mirip, misalnya Neymar. Dia kekadang bermain sangat ke dalam sikit untuk menjadi inside forward. Pada masa sama dia boleh bermain sangat wide.

7. Wing attacker biasa / klasik

Ini peranan wing attacker klasik. Bezanya wing dengan side midfielder, winger ni laju dan lebih bagus dalam mencari gol. Contoh klasik wing attacker ialah Ryan Giggs yang berbeza dengan Beckham yang merupakan side midfielder.

Cristiano Ronaldo juga sangat bagus memainkan peranan ini dulu ketika di Man United pada fasa awal kariernya.

Mbappe kerap bermain peranan wing klasik ini di PSG kerana Neymar bermain di inverted winger kiri.

8. Second striker

Peranan ini sebenarnya mirip no.10. Di mana mereka bergerak bebas di dalam padang kerana mereka pemain lincah. Biasanya muncul dalam sistem 4-4-1-1.

Peranan Griezmann ketika menjadi support striker kepada Diego Costa serta di belakang Giroud ketika bersama Perancis. Seterusnya, Messi dalam skuad Argentina pun selalu bermain peranan ini.

Walaupun seringkali dikaitkan dengan pemain yang lincah dan kecil di belakang penyerang, sebenarnya Fellaini juga selalu bermain peranan ini ketika di Everton, Man United dan Belgium, sebagai plan B. Dia akan berada di belakang penyerang.

Rumusan

Pada hari ini baka seperti poacher klasik dianggap semakin sukar mendapat tempat di dalam pasukan besar. Ini kerana pasukan pasukan besar ini membentuk sistem permainan lebih kolektif.

Kegilaan ke atas penguasaan dan high pressing juga membuatkan baka poacher klasik dan target man klasik ini mulai hilang tempat di dalam pasukan yang berDNA high tempo.

False 9 dan wing attacker, terutama inverted winger dan inside forward kini menjadi baka paling mahal. Kerana fungsi mereka yang lebih kaya di atas padang secara taktikal.

Pemain termahal dunia dipegang oleh Neymar, sebelum ini Bale dan Ronaldo, semuanya wing attacker dari baka inverted winger.

Setiap jenis penyerang itu ada kualiti mereka tersendiri. Pengurus akan sign pemain berdasarkan kesesuaian sistem.

Baca yang lain

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.