Pundit yang merupakan bekas pemain Newcastle, Jermaine Jenas telah menyatakan kemarahannya ke atas VAR yang menurutnya memberikan penalti tak masuk akal kepada PSG sehingga menafikan kemenangan Newcastle dalam Liga Juara Juara Eropah.
Newcastle di hadapan sehingga minit ke-94 di Parque des Princes. Namun selepas itu pengadil memberikan penalti kerana bola terkena tangan Tino Livramento.
Namun kontroversi berlaku apabila bola itu pada awalnya terbias pada dada Livramento sebelum terkena tangannya.
Pengadil menyemak VAR dan mengesahkan keputusannya untuk memberikan penalti yang mudah disudahkan pemain berbisa PSG, Kylian Mbappe.
Sudah tentunya perkara itu menjadi perbualan hangat. Kerana peraturan handball sebelum ini menyatakan jika bola melantun daripada anggota badan lain dalam keadaan tangan di kedudukan semulajadi [bukan digerakkan ke arah bola] maka ianya tidak handball.
Jenas ketika insiden itu berlaku sedang menunggu wisel penamat untuk meraikan kejayaan bekas pasukannya. Namun dia kelihatan resah apabila VAR menyemak insiden itu. Sambil berkali kali menyatakan: “No no no.”
Ketika VAR memberikan penalti, Jenas memberikan reaksi marah di tepi padang dan menunjukkan isyarat kecewa dan tak percaya.
Jermaine Jenas watching that 97th minute penalty decision unfold on the touchline in Paris 😤#UCL | @jjenas8 pic.twitter.com/S2u3fiqjwD
— Football on TNT Sports (@footballontnt) November 28, 2023
Dalam ulasannya bersama pundit lain, Jenas melepaskan kemarahannya. Jenas berkata: “Apabila kita melihat keputusan pengadil di atas padang, ianya salah satu keputusan pengadil yang paling memalukan yang saya pernah saksikan sejak sekian lamanya.”
“Kenapa saya kata macam tu. Kamu tengoklah macamana perlawanan ini berlangsung, dengan semua tenaga dikerah oleh pemain pemain, kemudian dikejutkan dengan keputusan pengadil memberikan penalti seperti ini.”
“Tidak akan pernah dalam mana mana hayat kamu, itu adalah penalti. Apa yang kamu harapkan Livramento buat untuk tangannya? Ikat di belakang? Saya marah ni. Pemain dah bekerja keras dan melakukannya segalanya, dan ia sepatutnya berakhir dengan kemenangan bersejarah.”
“Pasti ada perasaan yang kamu telah ditipu. Ini mengejutkan. Pengadil sebenarnya mengendalikan perlawanan dengan baik namun berakhir dengan begini pula. Untuk apa yang telah berlaku, pada momen seperti itu, selepas apa yang pemain pemain Newcastle berikan di atas padang, ini tidak betul. Ianya sukar untuk diterima.”
Seorang lagi pundit, Ally McCoist setuju dengan Jenas: “Ianya datang daripada dadanya dan terkena tangannya. Ini sudah tentunya bukan penalti sama sekali. Mereka memberikan PSG penalti untuk insiden itu, ianya memalukan.”
“Ini dalah satu rompakan. Kalau saya bermain dalam perlawanan ini, saya akan rasa benar benar dianiaya.”
Eddie Howe turut membidas keputusan memberikan penalti kepada PSG. Dia berkata: “Saya rasa itu bikan penalti. Kami tahu apabila bola terkena bahagian badan lain terlebih dahulu dan terkena tangan yang di kedudukan rendah, itu bukan penalti.”
“Saya rasa kecewa, namun gembira dengan apa yang pemain telah berikan hari ini.”
⚪️⚫️ Eddie Howe: “I don’t think that was a penalty. We know that when it hits a body part first and his hands are low, it's not a penalty”.
“I feel really flat, but pleased with what the players have given”, told TNT. pic.twitter.com/Pl65rjUUvb
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 28, 2023
Keputusan ini membuatkan PSG gagal menempah tempat ke pusingan seterusnya. Sebaliknya Dortmund yang berjaya mengesahkan kemaraan.
PSG berlu bersaing sehingga ke hari terakhir, kerana AC Milan dan Newcastle juga masih berpeluang.