Jerman terus berdepan masalah krisis prestasi. Terbaru mereka dibantai oleh Jepun di hadapan penyokong sendiri dalam aksi yang sangat mengecewakan peminat mereka.
Penyokong Jerman malah mengejek dan menge-b0o pemain pemain mereka sendiri selepas tamat perlawanan.
Usaha Jerman mahu membalas kekalahan mengejut dalam Piala Dunia 2022 yang lalu tidak berhasil. Mereka malah dibelasah oleh Jepun dengan jaringan 1-4.
Jepun menurunkan ramai bintang mereka yang berpangkalan di Eropah terutama sekali di EPL. Termasuk Tomiyasu, Kaoru Mitoma dan Wataru Endo.
Jerman juga harus berterima kasih kepada Ter Stegen yang berjaya menafikan beberapa percubaan bahaya yang boleh menghasilkan gol tambahan buat pasukan pelawat.
Jerman ketinggalan seawal minit ke-11 menerusi jaringan Junya Ito.
Namun Leroy Sane kemudian berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-19.
Malangnya hanya 3 minit kemudian Ayase Ueda meletakkan Jepun 2-1 di hadapan.
Pada separuh masa kedua, Samurai Blue menambah dua lagi gol pada minit akhir daripada Takuma Asano dan Ao Tanaka.
Tamat perlawanan Jerman 1 Jepun 4. Ia kekalahan terbesar Jerman di tempat sendiri sejak 2001, ketika itu mereka dibantai England 5-1.
Samurai Blue benar benar menikmati kejayaan ini. Jika sebelum ini mereka hanya dianggap bernasib baik mengalahkan Jerman, kali ini dengan jaringan 4-1 yang mereka catatkan menguatkan lagi status mereka sebagai pasukan berkelas dunia.
FT | 🇩🇪 Germany 1️⃣-4️⃣ Japan 🇯🇵
𝗗𝗲𝗷𝗮𝘃𝘂!
The Samurai Blue overcome four-time #FIFAWorldCup champions Germany once again in an international friendly! pic.twitter.com/LPC1l7F3YW
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) September 9, 2023
Kekalahan itu disambut dengan ejekan dan herdikan daripada peminat mereka sendiri.
Dengan kekalahan ini, Jerman gagal memenangi lima perlawanan terakhir mereka. Menjelaskan bagaimana skuad bimbingan Hansi Flick itu benar benar berada dalam krisis prestasi.
Namun Hansi Flick tetap optimis bahawa dia orang yang tepat sebagai pengurus Jerman. Dia malah memuji pasukannya walaupun kalah.
“Kami dah cuba sebagalanya dan sentiasa mempersiapkan pasukan kali dengan persediaan sempurna.”
“Saya rasa kami melakukannya dengan baik. Saya jurulatih yang tepat untuk Jerman,” kata beliau selepas tamat perlawanan.
Hansi Flick on his job after 1-4 defeat vs Japan: “We're trying everything to always prepare the team perfectly”. 🇩🇪
“I think we are doing that well. Yes, I'm the right coach”, Hansi Flick added. pic.twitter.com/oloPdnuRzz
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 9, 2023
Jerman mempunyai satu lagi perlawanan menentang pasukan Perancis yang sukar pada 12 September ini.