Jerman berdepan dengan Turki di tempat sendiri dalam aksi persahabatan antarabangsa. Penjaga gol Man United Altay Bayindir beraksi dalam kesebelasan utama Turki.
๐ธ โ Altay Bayindir is ready to face Germany tonight! #MUFC ๐น๐ท
๐๐ pic.twitter.com/mkMRjwzbZ6
โ UtdTruthful (@Utdtruthful) November 18, 2023
Sementara Julian Nagelsmann melakukan eksperimen dengan sistem 4-2-2-2 meletakkan Kai Havertz di left back.
Sebelum perlawanan Nagelsmann yakin Havertz boleh bermain di posisi itu dengan baik kerana dia seorang pemain yang serba boleh.
Havertz menjadi madu dan juga racun untuk Jerman dalam perlawanan ini. Di mana dia menjaringkan gol pembukaan awal. Dan kemudian dia juga punca pasukan lawan mendapat gol kemenangan.
Bintang Arsenal, Kai Havertz memulakan perlawanan dengan sebaiknya. Dia mencetak gol pembukaan seawal minit ke-5 perlawanan. Ianya hasil umpanan pemain yang dalam prestasi luar biasa bersama Bayern, Leroy Sane.
Julien Nagelsmann started Kai Havertz at left back vs. Turkey.
He scored five minutes into the match ๐คทโโ๏ธ pic.twitter.com/2wMQ2TUt0i
โ B/R Football (@brfootball) November 18, 2023
Namun Turki berjaya menyamakan kedudukan menerusi Ferdi Kordioglu selepas menerima hantaran oleh Bardakci pada minit ke-38. Dengarlah sorakan penyokong Turki yang hadir ke Stadium dengan sangat ramai sekali.
TURKISH DELIGHT ๐น๐ท
TURKEY fans have taken over Berlin's Olympiastadion for their friendly vs. Germany. Just listen to the roar & watch the flags come out after Ferdi Kadioglu strikes. ๐ฒ
pic.twitter.com/Upv6RpkRkTโ Men in Blazers (@MenInBlazers) November 18, 2023
Turki kemudian mengejutkan tuan rumah di Stadium Olimpik Berlin apabila Kenan Yildiz meletakkan pelawat di hadapan pada masa kecederaan minit ke-45+2.
Jerman masuk ke bilik persalinan dengan ketinggalan 1-2.
Bersambung babak kedua, Jerman sekali lagi mencetak gol awal. Kali ini Niclas Fullkrug menewaskan Bayindir hanya selepas 4 minit wisel permulaan separuh masa kedua dibunyikan.
Dan Turkin kembali di hadapan selepas mereka diberikan penalti oleh pengadil pada minit ke-69 selepas semakan VAR mendapati bahawa Kai Havertz sudah handball.
Yusuf San mencetak gol pada minit ke-71 untuk menjadikan kedudukan 2-3 memihak pelawat. Penyokong pelawat benar benar teruja dengan gol itu. Rakyat Turki di Jerman ramai membanjiri stadium pada hari ini. Malah ada rakyat Turki yang sudah mendapat kerakyatan Jerman dilihat mengibarkan bendera Jerman -Turki bersama sama mereka.
Bendera ini adalah simbol yang kerap digunakan masyarakat Turki yang menetap dan berhijrah ke Jerman.
Malah jika dilihat, bendera Turki kelihatanย lebih banyak berkibar di Berlin.
At the Olympiastadion in Berlin in Germany-Turkey match there are more Turkish flags than German ones. pic.twitter.com/EqSAAgUypy
โ RadioGenoa (@RadioGenoa) November 18, 2023
Secara asasnya, kedua dua pasukan memiliki pengasaan yang seimbang. Dengan Jerman sepatutnya menyamakan kedudukan ketika Sane melorongkan bola kepada Gnabry yang meluru di hadapan gawang terbuka. Namun bola gagal disempurnakan.
Tamat perlawanan Jerman 2 Turki 3. Turki menang pertama kali ke atas Jerman selepas 2005. Ini juga merupakan kekalahan pertama Julian Nagelsmann, dan ianya berlaku pada aksi di hadapan penyokong mereka sendiri di Berlin.
Di media sosial ramai yang menyalahkan Julian Nagelsmann sebagai punca kekalahan ini. Seorang peminat menyatakan: โItulah padahnya kamu meletakkan pemain penyerang di bek kiri, kan dah handball.โ
Selain itu mereka juga mempersoalkan taktikal pengurus itu yang dianggap masih tak nampak kekuatan utamanya. Dan berharap agar Jerman mendapat kumpulan mudah dalam undian Euro 2024 akan datang.
Seterusnya ada yang meminta Nagelsmann tidak terlalu setia dengan Gnabry seperti mana Hansi Flick sebelum ini, kerana pemain itu dianggap sudah โfinishโ pada masa ini.
Seorang lagi peminat berkata: โNasib baik kita ni negara penganjur, kalau tak, kita tak akan layak ke Euro 2024 dengan team main cemgampang.โ