Jersi Castore ‘Menakung’ Air, Aston Villa Kini Berunding Dengan Adidas

Aston Villa telah berunding dengan Adidas untuk menjadi pembekal jersi terbaru mereka. Adidas merupakan salah satu jenama sukan terbesar bakal menggantikan Castore sebagai pembekal rasmi jersi Aston Villa.

Ini selepas terlalu banyak rungutan daripada pemain, tak kira pemain pasukan lelaki atau wanita dengan jersi Castore yang menurut mereka ‘menakung’ air pada kainnya.

Rundingan dengan Adidas ini menjadi lebih mudah kerana pemilik kelab Nassef Sawiris memiliki 7% kepentingan saham dalam Adidas.

Adidas merupakan pembekal jersi kepada kelab kelab besar seperti Manchester United, Bayern Munich dan Real Madrid.

Aston Villa yakin mereka akan mendapatkan perjanjian jangka masa panjang dan memberikan keuntungan puluhan juta semusim. Tajaan turut melibatkan pasukan wanita dan akademi.

Sawiris adalah seorang perunding yang sangat bagus. Dia adalah individu yang meyakinkan Unai Emery untuk meninggalkan kelab lamanya dan menyertai Aston Villa.

Sejak Unai Emery tiba Oktober 2022, pengurus itu benar benar telah mengtransformasikan Aston Villa. Mereka kini di tangga kedua EPL. Layak ke pusingan 16 akhir UECL dengan impian mahu mara ke UCL musim hadapan.

Rundingan dengan Castore buat masa ini ditolak ke tepi. Aston Villa kecewa dengan Castore yang membekalkan jersi dianggap cap ayam kepada mereka.

Jika rundingan dengan Adidas diumumkan kelak, bermakna Castore secara rasminya tidak akan menjadi pembekal jersi kepada mereka lagi.

Castore merupakan syarikat asal Britain. Reputasi syarikat itu benar benar buruk ketika ini. Apabila Aston Villa secara terbuka menyokong pemain mereka yang merungut.

Sebelum ini pemain pemain wanita Aston Villa terpaksa meminta saiz lebih besar kerana jersi ketat yang ada sangat teruk menyerap peluh. Ianya menjadi sangat basah dan membuatkan mereka menjadi tak selesa bermain.

Malah ada yang menjadikan mereka modal oleh lelaki miang. Alisha Lehman antara yang merungut bahawa jersi mereka gunakan terlalu basah seperti disimbah air. Sehingga ada pemain yang meminta jersi lama kalau ada.

Aston Villa sudah memberikan amaran kepada Castore agar memperbaiki kualiti jersi mereka. Namun perkara itu tidak dapat dilaksanakan mereka memandangkan syarikat itu sudah mencetak dan menghasilkan jersi untuk semusim.

Bulan lalu, barulah Castore dikataka mengeluarkan set jersi baharu yang dianggap boleh menyelesaikan masalah sebelum ini. Malangnya jersi tersebut dikeluarkan pada masa yang tidak tepat. Ianya jersi nipis yang dikeluarkan pada musim sejuk. Jadi segalanya serba yak kena – menurut laporan Telegraph.

Castore turut menjadi syarikat pembekal jersi untu Newcastle United yang turut mengumumkan mereka akan menukar jersi kepada Adidas bermula musim hadapan.