Jersi Home Arsenal Musim Depan Tertiris, Jom Tengok!

Kit Home Adidas Arsenal 2020/21 dilaporkan telah bocor dan memberikan kita semua pandangan pertama sebelum debutnya pada pra musim ini.

Arsenal antara pasukan yang gemar melancarkan jersi pada pra musim berbanding dengan sebelum musim berakhir.

Adidas berhadapan dengan cabaran untuk mengekalkan reputasinya di Arsenal selepas penghasilan jersi yang dikagumi penyokong Arsenal pada musim ini terutama sekali jersi pisang mereka.

Footy Headlines telah membocorkan gambar jersi home pasukan Arsenal 2020/21.

Di mana berdasarkan gambar gambar tersebut, ia jelas menampilkan banyak sekali perubahan pada jersi tersebut berbanding musim ini.

Sebagai permulaan, logo penajaan adalah berbeza. Bukan lagi “Fly Emirates”, tetapi “Emirates Fly Better”. Agaknya, penaja mahu membuat sedikit perubahan, selepas kekal dengan logo sama selama 14 tahun lamanya.

Dengan meletakkan tagline Fly Better maka ia akan nampak lebih segar. Visit Rwanda masih lagi penaja untuk lengan baju mereka. Dengan motif yang sama.

Warna merah untuk jersi ini juga jauh lebih gelap daripada jersi pada musim ini ini, dan ia mempunyai corak anak panah yang menyilang.

Untuk bahagian kolar, terdapat bulatan putih yang mirip dengan kit 2010/11. Ia nampak sangat ringkas.

Kita juga dapat melihat bahagian belakang baju, menunjukkan blok putih yang menarik di bahagian bahu.

Satu lagi, tidak ada lagi jalur di bahagian bahu. Jalur tiga garisan adalah cap dagang Adidas, dan kali ini mereka berada di sisi badan.

Pembocoroan kit ini telah menepis rumors sebelum ini tentang rekaan jersi Arsenal.

Footy Headlines memang laman web pembocor rekaan jersi yang sangat dipercayai. Malah ada yang menuduh mereka ada kaitan dengan orang dalam kelab sendiri yang sengaja nak teasing peminat mereka.

Baca yang lain