‘Jika Ada VAR, Penalti Boleh Disemak, Pertahanan JDT Mungkin Dapat Beberapa Kad Kuning’ – Tomislav Steinbruckner

Ketua jurulatih pasukan Terengganu, Tomislav Steinbruckner tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.

Oleh sebab itu beliau berpendapat bahwa aksi final semalam seharusnya ada VAR digunakan untuk memastikan pengadilan yang lebih baik.

Pengadil S Logeswaran menimbulkan persoalan apabila memberikan penalti pertama kepada JDT yang dianggap agak soft oleh. Perkara itu dibantah okeh pemain pemain Terengganu.

Pundit Safee Sali dan Zainal Abidin Hassan pula percaya pengadil sepatutnya melayangkan kad merah kepada Jordi Amat kerana menjatuhkan Ivan Mamut yang menafikan peluang gol terbuka pemain itu.

Seterusnya pemain pemain Terengganu turut membantah penalti kedua diberikan kepada JDT.

Pengendali Terengganu itu percaya ketiga tiga insiden itu akan disemak menerusi VAR untuk menentukan kesahihan penalti itu diberikan.

Selain itu Tomislav Steinbruckner merasakan bahawa beberapa pemain JDT akan menerima beberapa kad kuning lagi, jika ada VAR.

Beliau berkata: “Saya rasa ada beberpaa lagi kad kuning yang patut dilayangkan kepada pemain pertahanan JDT.”

Beliau kemudian menegaskan bahawa dia tak mahu mengulas lebih banyak tentang pengadil.

Dalam aksi semalam JDT menang 3-1 ke atas Terengganu untuk memastikan Piala Malaysia berjaya dipertahankan oleh pasukan itu.

Dengan kemenangan itu juga bermakna JDT menamatkan musim sebagai juara Treble buat kali kedua berturut turut.