Final Juara Lagu 2020 menyaksikan 12 peserta masuk ke final.
Jika korang nak membaca laporan dan ulasan yang patut anda boleh baca di sini:
https://axello.net/laporan-anugerah-juara-lagu-ajl-34/
Tapi kali ini kami menawarkan laporan alternatif. Mengulas Anugerah Juara Lagu kali ini jika ianya diulas berdasarkan kacamata pengulas bola sepak.
jadi hidup akan lebih baik apabila anda ada pilihan lain kan?
Ini adalah ulasan alternatif.
Masdo struggle di permulaan dan tak mampu gegenpress
Persembahan pembukan adalah menerusi Kugiran Masdo yang membawa lagu Dinda. Pada sepak mula, Masdo gagal melakukan hantaran sempurna.
Cuba bermain taktikal klasik tetapi kurang berkesan.
Dengan aksi yang tidak konsisten seperti ini, dia boleh menjerumuskan mereka ke zon penyingkiran.
Pada fasa gegenpressing agak bergelut dan akhirnya memutuskan untuk bermain dengan sideway pass. Gaya permainan Masdo kemudian agak santai dan kasual.
Aina bermain basic tactic
Aksi Masdo diikuti oleh persembahan kedua oleh Aina Abdkul dengan lagu Sumpah yang tarik dia power jugaklah. Aina memulakan aksi dengan intensiti sederhana. Tapi dia tak ada ultra offensive sangat dan cuba mengawal tempo permainan.
https://www.instagram.com/p/B8WVTznHb1G/
Agak cantik permainannya, kemas dan selamat, walaupun ending dia agak mengelirukan.
Akim The Magistrate berjaya bermain dengan Fluid
Pasukan yang sudah berpengalaman luas dalam pentas seperti ini. Tiada masalah melakukan perubahan taktikal yang fluid. Part rendah dan tinggi ok je.
Fairus Misran melakukan debut kemas
Aksi debutant Fairus Misran menggantikan marquee player, Faizal Tahir ni menarik. Sebelum ni dia dah buat dah. Tapi ni debut pada final pula.
Mengajar Masdo cara bermain taktikal klasik sebenar.
Tempo kawalan perlawanan dengan intensiti rendah yang steady.
Cuma beberapa kali berhadapan masalah VAR, kacau betul earphone tu.
Β
Ernie Zakri Gegenpress habis
Ini adalah gegenpressing ala heavy metal football. Dari awal ke akhir dengan high intensity. Tak cukup dengan itu dinaikkan lagi octave benda yang dah tinggi.
Bob ok, tapi Tok Ti Ofsaid sebab kontroversi VAR
Ibarat gangguan VAR, itulah berlaku kepada usaha Bob mahu memperkenalkan transisi segera. Apabila Siti Nurhaliza mengalami gangguan mic ketika nak tarik, dan ofsaid yang tak sepatutnya.
Hazama beri kejutan dengan Juego Di Posicion
Hazama ternyata memberikan pakej kejutan seperti biasa. Aksi dengan konsep yang menarik dipamerkan. Intensiti vokal yang keras dari awal sehingga akhir.
Naim tekankan pivot
Naim Daniel tampil dengan satu lagi lagu Sumpah yang mara ke final. Naim lebih memfokuskan central attack. Tidak banya bergerak ke wide area. Dan menekankan pivot.
Hafiz bermain possession football
Seperti yang dijangka, Hafiz memang memiliki kawalan vokal yang baik. Dan dominan di atas persembahan beliau.
Aman Ra
Aman Ra, jika diterjemahkan kepada bola sepak; telah memainkan bola sepak yang fun untuk disaksikan. Tidak intensif dan menekankan entertainment value.
Drama Band yang dynamic
Jika diterjemahkan di dalam bola sepak, Drama Band adalah dynamic. Dengan vocal range yang sangat tinggi.
https://www.instagram.com/p/B8WfEODH7EC/
Haqiem Rusli direct football
Aksi terakhir adalah daripada Haqiem Rusli. Bermain dengan taktik yang biasa dimainkannya. Bermula dengan low pace, dan cuba bermain high intensiti di fasa tengah serta menurunkan tempo pada minit akhir.
https://www.instagram.com/p/B8WiMXlBu6D/?igshid=1pmgj8yqiiwjr
Keputusan Ballon dβOr
Juara: Naim Danial (Sumpah)
Naib Juara: Aman Ra (Bangun)
Ke-3: Dato Siti Nurhaliza*/Bob Yusof (Anta Permana)
Vokal terbaik / puskas: Hafiz Suip (Kisah Cinta Kita)
Persembahan terbaik / team of the year: Hafiz Suip (Kisah Cinta Kita)
Anugerah Peminat: Haqiem Rusli
*penyanyi asal