Jika Arsenal Tak Skor vs Wolves, Penalti Aubameyang Akan Menjadi Gol Tercantik EPL Bulan November

Arsenal ada satu lagi peluang untuk mengelakkan diri mereka terjerumus ke dalam rekod yang kurang diingini pada musim ini.

Ini kerana, setakat ini untuk bulan November, Arsenal cuma menjaringkan 1 gol sahaja dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Dan ianya adalah menerusi penalti Pierre Emerick Aubameyang ketika berdepan Manchester United.

Secara teknikalnya, Aubameyang kini mendahului, dengan tanpa ada saingan setakat ini untuk anugerah gol liga tercantik bulan November 2020.

Peminat Arsenal sendiri seolah olah tidak percaya dengan statistik tersebut dan menganggap mereka harus melakukan sesuatu untuknya agar gol  itu tidak menang tanpa bertanding.

Sebuah akaun Twitter peminat Arsenal – Now Arsenal menyatakan: “Jika Arsenal gagal untuk menjaringkan gol minggu ini ke atas Wolves, maka gol penalti Pierre-Emerick Aubameyaang ke atas United akan dipilih menjadi gol EPL terbaik bulanan pasukan kita.”

“Jika kamu tidak ketawa, kamu akan menangis.”

Dan ada yang membayangkan Arsenal menang tipis 1-0 dan gol itu adalah jaringan sendiri. Masih juga Aubameyang menjadi pemenang walaupun ada gol pada hari ini.

Arsenal bergelut dengan prestasi mereka di dalam liga. Berbeza dengan kempen Eropah mereka di UEL di mana mereka lebih baik dan tajam.

Sejak menandatangani kontrak mega dengan Arsenal, Aubameyang terus bergelut untuk berada dalam prestasi terbaik beliau.

Beliau melakukan 13 shots dan mencipta 11 peluang musim ini. Angka yang tidak terlalu teruk. Cuma hasilnya di hadapan gol yang tidak memuaskan untuk penyerang dalam kualiti beliau.

Arsenal akan turun berdepan dengan Wolves pada jam 3.15 pagi esok waktu Malaysia. Sekarang ini Arsenal berada di kedudukan ke-14 dalam liga selepas 4 kemenangan 1 seri dan 4 kekalahan musim ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Wolves berada di tangga ke-10, dalam usaha mereka mengulangi kecemerlangan mereka dalam saingan musim lalu.

Baca yang lain