Jika Casemiro Jadi Milik Man United, Newcastle Berdepan Risiko Kehilangan Guimaraes

Bruno Guimaraes telah dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid ketika Manchester United sedang menyediakan tawaran untuk menandatangani pemain tengah Brazil, Casemiro, pada minggu ini.

Real Madrid telah menjadikan pemain tengah Newcastle United, Bruno Guimaraes sebagai sasaran perpindahan No.1 mereka jika Casemiro memutuskan untuk menyertai Manchester United pada musim panas ini.

Pemain berusia 24 tahun itu menyertai Magpies dalam perjanjian bernilai sekitar £40 juta dari Lyon pada bulan Januari musim lalu. Dan sejak itu telah membuat 19 penampilan, menjaringkan lima gol untuk mengeluarkan Newcastle jauh daripadda zon penyingkiran pada musim lalu.

Dia dianggap antara pembelian terbaik Newcastle pada era baharu pemilikan Saudi di kelab itu. Menjadi maestro di tengah dan memiliki kerajinan yang luar biasa.

Bagaimanapun, Newcastle kini berpotensi kehilangan pemain tersebut. Ini keranam, juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah, Real telah mengenal pasti Guimaraes sebagai perpindahan yang disenaraikan dalam keutamaan sekiranya Casemiro meninggalkan kelab itu, menurut Dario AS.

Difahamkan, The Red Devils sedang dalam proses memuktamadkan perjanjian untuk menandatangani pemain Brazil berusia 30 tahun itu, dengan Erik ten Hag terdesak untuk menambah pemain tengah dalam skuadnya.

Marca mendakwa Casemiro akan dibenarkan membuat keputusan sama ada dia menerima tawaran kontrak lima tahun bernilai €10 juta semusim untuk menyertai pasukan yang bergelut dengan prestasi pada ketika ini.

Los Blancos tidak mahu menjual dan dia mempunyai hubungan yang baik dengan jurulatih Carlo Ancelotti, tetapi mereka akan bersedia untuk menjual Casemiro pada harga €60 juta selepas membeli Aurélien Tchouaméni yang berusia 22 tahun dari Monaco dengan harga €80 juta.

Casemiro, yang kini memperoleh kira-kira €5 juta setahun, akan dibenarkan pergi jika dia mahu walaupun laporan mendakwa United mahu perjanjian itu dilakukan pada hujung minggu ini, supaya dia boleh menentang Liverpool pada hari Isnin. Namun Fabrizio Romano menyatakan bahawa, agak mustahil untuk melihat Casemiro turun beraksi menentang Liverpool kerana banyak perkara yang belum lagi diselesaikan pada ketika ini.

Real turut berharap proses penjualan Casemiro ini dipercepatkan untuk membolehkan mereka segera menandatangani Guimaraes.

Akhbar Sepanyol melaporkan bahawa ‘operasi itu tidak akan mudah’, bagaimanapun, kerana Guimaraes adalah pemain tetap di sebelah Magpies dan dipuja oleh peminat.

Sumber yang rapat dengan Newcastle mengesahkan bahawa kelab itu akan meminta angka yang melebihi dua kali ganda daripada yang dibayar kepada Lyon untuk Guimaraes.

The Magpies tidak mahu menjual Guimaraes dan melihatnya sebagai sebahagian daripada projek jangka panjang mereka.

Tetapi tidak syak lagi Guimaraes akan menjadi pemain yang dianggap sesuai untuk Los Blancos. Prestij yang ada pada Real Madrid dianggap daya tarikan kuat kepada pemain itu.

Eduardo Camavinga, Luca Modric, Toni Kroos, Aurelien Tchouameni dan Federico Valverde adalah antara pilihan lain yang ada pada Carlo Ancelotti dan kedatangan Guimaraes pastinya akan terus mengukuhkan kualiti mereka di bahagian tengah.

Sejak dia membuat penampilan sulung di Newcastle, tiada pemain yang memenangi lebih banyak tackle, duel dan foul dalam Liga Perdana berbanding Guimaraes. Dia juga merupakan pemain dalam skuad Brazil dan akan dipanggil oleh Tite untuk Piala Dunia tahun ini.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan