Masa depan Pep Guardiola sebagai pengurus Manchester City telah diragui selepas kelab itu didakwa melanggar kira kira 100 peraturan kewangan pada Isnin.
Liga Perdana telah mengenakan dakwaan ke atas City kerana melanggar peraturan kewangan lebih 100 kali dari September 2009 hingga musim 2017-18, dengan dakwaan pelanggaran mereka berkaitan dengan hasil, butiran imbuhan pengurus dan pemain, peraturan UEFA, keuntungan dan kemampanan serta bersam.
Pertuduhan itu dibuat hasil siasatan oleh panel yang dilantik EPL yang sudah memulakan siasatan sejak 4 tahun lalu.
Perkara itu kini akan dirujuk kepada suruhanjaya bebas, dan sekiranya juara Inggeris itu didapati bersalah, mereka berdepan pelbagai kemungkinan sekatan termasuk pemotongan mata atau pun disingkirkan daripada EPL.
Dalam satu kenyataan City mendakwa mereka ‘terkejut’ dengan pertuduhan Liga Perdana, walaupun kelab mengalu-alukan sebarang semakan ke atas dakwaan pelanggaran mereka ‘untuk mempertimbangkan secara saksama bukti lengkap yang tidak dapat dinafikan yang wujud untuk menyokong kedudukannya.’
Walaupun ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk membuat kesimpulan, dakwaan ke atas salah laku kewangan telah menimbulkan keraguan besar terhadap masa depan pengurus City Guardiola.
Pengurus legenda dari Sepanyol itu sebelum ini pernah bertekad akan meninggalkan kelab itu jika mereka menipunya.
Ancaman itu dibuat ketika Man City dituduh melakukan kesalahan FFP pada 2020.
Kesannya, Man City telah digantung dua tahun daripada Liga Juara-Juara Eropah kerana melanggar peraturan FFP pada Februari 2020.
Namun Mahkamah Timbang Tara Sukan untuk membersihkan nama mereka daripada semua pertuduhan lima bulan kemudian.
Tetapi Guardiola telah memberi amaran kepada bos Etihad bahawa dia akan berhenti jika mereka pernah ‘berbohong’ kepadanya tentang sejauh mana urusan kewangan mereka.
Guardiola menyatakan bahawa dia sudah berbincang tentang perkara itu dengan pemilik Man City. Dan pengurusan tertinggi kelab itu memberikan jaminan bahawa kelab itu sentiasa bersaing secara adil dan bersih.
Pada tahun lalu. Guardiola berkata: “Jika saya mempertahankan mereka yang ada di sini dan kelab ini kerana saya bekerja dengan mereka.”
“Apabila saya bertanya tentang atau adakah orang kita telah melakukan sesuatu mencurigakan, maka saya berkata kepada mereka, “beritahu saya dengan jujur”.”
“Saya berkata kepada mereka: ‘Jjika anda berbohong kepada saya, hari itu juga saya tidak akan berada di sini lagi, saya akan angkat kaki kamu semua tidak akan menjadi kawan saya lagi’.”
“Tetapi apabila saya melihat mereka dan mempercayai mereka 100 peratus dari hari pertama. Jadi saya mempertahankan kelab kerana itu.”
In May last year, Pep Guardiola said he'd leave the club if Man City ever lied to him.
Today, they have been charged by the Premier League over breaking financial rules across nine seasons. pic.twitter.com/8UQfCBqSoC
— ESPN FC (@ESPNFC) February 6, 2023
Guardiola secara terbuka menyokong pemilik kelab Manc City semasa dan selepas penyiasatan FFP mereka.
Dia malah menuntut permohonan maaf daripada mereka yang meragui City selama ini yang ternyata tidak bersalah sebaik CAS membatalkan larangan ke atas City daripada beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah.
“Saya amat gembira dengan keputusan itu. Ia menunjukkan semua yang orang katakan tentang kelab itu tidak benar,” kata Guardiola ketika itu.
“Kami akan mempertahankan apa yang kami menangi di atas padang.”
“Kami harus meminta maaf hanya kerana jika kami melakukan sesuatu yang salah, kami akan sedia menerima keputusan daripada UEFA kerana kami melakukan sesuatu yang salah.”
Dengan kenyataan itu, maka ramai yang menuntut Guardiola menunaikan kata katanya jika benar City terbukti bersalah kali ini.