Jika EPL Batal, Bagaimana Nasib Liverpool? Ini Jawapan UEFA

VIENNA: Presiden UEFA, Aleksander Ceferin mengesahkan bahawa, tidak mungkin Liverpool akan ditarik kejuaraan jika Liga Perdana Inggeris dibatalkan kerana koronavirus.

Ini selepas skuad Jurgen Klopp berada 25 mata di atas Manchester City pada ketika ini dalam kedudukan liga.

Dalam kenyataannya di Vienna, Ceferin menegaskan, Liverpool berada dalam kedudukan sukar untuk dicabar lagi untuk kejuaraan liga.

Sama ada liga ini diteruskan ataupun tidak, Liverpool tetap akan berpotensi menjadi juara.

Ceferin menegaskan: “Tidak mungkin Liverpool menamatkan musim ini tanpa kejuaraan liga.”

“Jika aksi diteruskan, mereka masih mampu untuk memenanginya – secara teori.”

“Mereka masih belum menang kejuaraan namun mereka hampir pasti memenanginya.”

“Sekiranya liga tidak dapat diteruskan, kita akan cari cara lain.”

“Dan sekali lagi, saya tak nampak pun senario yang membolehkan kejuaraan liga tidak boleh diberikan kepada Liverpool.”

“Saya faham peminat akan kecewa jika perlawanan diadakan di stadium kosong. Namun saya percaya, apa jua caranya, mereka akan menang liga musim ini.”

Ceferin kemudian menyatakan keyakinannya bahawa semua liga di Eropah musim ini akan ditamatkan seperti biasa.

“Saya optimis. Dan sudah tentu, tiada apa jaminan atau janji yang boleh saya berikan. Semuanya bergantung kepada situasi di negara negara masing-masing.”

“Segalanya bergantung kepada sutuasi, sama ada ianta selamat untuk bermain bola sepak dan tidak seorang pun patut terdedah dengan risiko.”

Ceferin sebelum ini menegah mana mana liga yang cuba menamatkan ataupun memansuhkan liga mereka lebih awal.

Kerana jika perkara itu berlaku, UEFA menegaskan, tiada pemenang akan diiktiraf. Namun untuk situasi pasukan seperti Liverpool, mereka sangat jauh jarak mata mereka berbanding dengan apa yang berlaku di Sepanyol dan Itali.

Semalam FIFA sudah mengesahkan bahawa musim ini akan dipanjangkan lagi tanpa perlu memikirkan tarikh permulaan musim hadapan.

Ceferin juga menafikan bahawa UEFA memberikan tekanan kepada ahli gabungannya bahawa kejohanan UCL dan UEL perlu ditamatkan menjelang 3 Ogos 2020.

UEFA dalam kenyataan mereka menegaskan bahawa. kenyataan tersebut adalah palsu, di mana Presiden mereka tidak pernah memberikan tarikh khusus untuk musim ini.

Ceferin menyatakan UEFA mengutamakan musim ini berbanding dengan musim akan datang.

Malah, UEFA juga sudah menukar tarikh EURO 2020 ke tahun hadapan untuk membantu mengosongkan kalendar antarabangsa bagi kegunaan liga domestik menamatkan musim ini.

Selain daripada itu, kesemua perlawanan kompetitif dan persahabatan antarabangsa juga dikeluarkan daripada kalendar buat sementara waktu.

UEFA masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk Liga Juara Juara Eropah dan juga Liga Europa.

Kesemua liga utama di Eropah ketika ini masih ditangguhkan kerana wabak koronavirus.

Semua negara di Eropah sedang mencegah dan berperang dengan wabak tersebut. Jadi, fokus buat masa ini adalah kesihatan awam dan bukannya bola sepak.

Baca yang lain