Jika EPL Bersambung, Ini Prosedur Khas Yang Kena Dipatuhi Pasukan

Premier League sebelum ini sudah mengumumkan bahawa mereka akan meneruskan saingan dan tidak memansuhkannya.

Untuk pertandingan piala domestik yang lain juga akan diteruskan seperti biasa. Ada dua pertandingan piala domestik utama di England iaitu Piala FA dan Piala Carabao.

Daily Mail melaporkan bahawa Premier Legue akan menggunakan prosedur yang ketat apabila mereka menyambung liga kelak. Perkara itu akan dibincangkan di dalam mesyuarat yang akan datang.

Prosedur khas

Prosedur ketat ini bagi memastikan EPL selamat dan tidak berisiko kepada semua yang terlibat, terutama sekali pemain dan jurulatih.

Premier League dijangka akan mewajibkan setiap pasukan perlu memiliki mesin imbasan covid-19,  sebelum liga bersambung semula.

Mesin ini akan dipasang di pusat latihan untuk memantau keadaan kesihatan para pemain. Mungkin juga akan diwajibkan dipasang di tepi padang.

Latihan bulan hadapan

Para pemain EPL dijangka akan kembali berlatih semula di kompleks latihan pasukan pada bulan hadapan.

EPL masih belum memberikan tarikh tepat bila mereka akan kembali. Apa yang pasti, perancangan untuk kembali menyambung liga pada 30 April ini sudah ditunda lagi.

Premier League menegaskan bahawa mereka kini berhubung rapat dengan kerajaan berkenaan dengan situasi semasa di England dan dunia.

Selain daripada itu, apabila liga bersambung kelak, ianya akan diadakan di dalam stadium kosong. Tidak ada penonton yang dibenarkan masuk dan berada di perkarangan stadium.

Premier Leaague akan bermesyuarat lagi pada 17 April akan datang.

UEFA dan FIFA senada

UEFA dan FIFA sudah memberikan lampu hijau untuk kesemua liga di Eropah ditamatkan dengan sebaiknya tanpa perlu runsing memikirkan permulaan musim baharu.

Ini bermakna, liga pada musim ini akan dipanjangkan daripada yang sepatutnya.

FIFA menegaskan bahawa, setiap pengurusan liga tidak perlu panik untuk menamatkan liga dan boleh memulakan musim 2020/21 pada bila bila masa yang mereka rasa boleh.

Selain itu,  The Athletic turut melaporkan FIFA akan memanjangkan lagi tempoh kontrak pemain dan membenarkan pemain melanjutkan kontrak lebih daripada 30 Jun untuk sepenggal.

FIFA lanjutkan musim

FIFA senada dengan UEFA dalam hal ini. Kedua dua badan bola sepak itu tidak mahu ada pertandingan yang dibatalkan / null and void.

Aleksander Ceferin juga sudah menyatakan bahawa UEFA masih berpegang kepada pendirian mereka bahawa kesemua pertandingan perlu ditamatkan bukannya dimansuhkan.

Jika liga dimansuhkan ataupun dibatalkan, bermakna tiada pemenang akan dinobatkan. Ini akan menyukarkan usaha untuk mencari siapa layak ke UCL/UEL.

Dan seterusnya bagi liga domestik, sukar untuk menentukan siapa yang tersingkir.

Ceferin juga kesal dengan kenyataan media ZDF di Jerman yang menyatakan beliau meletakkan tarikh akhir untuk pertandingan UCL dan UEL adalah pada 3 Ogos.

Impak null and void sangat besar kepada pasukan yang memang sudah terjejas secara ekonomi terutama sekali pasukan kecil di EPL, Serie A serta Sepanyol.

Misalnya EPL, jika liga dibatalkan ataupun dimansuhkan, mereka perlu membayar £762 juta kepada badan penyiar. Itu belum lagi termasuk bayaran kepada penaja lain untuk penamatan kontrak musim ini.

FIFA mahu setiap liga bertenang dalam hal ini dan tidak mahu apabila liga disambung kelak, terlalu banyak perlawanan dalam seminggu, ia akan memudaratkan pemain.

Seterusnya, FIFA tidak memberikan sebarang tarikh khusus untuk liga bersambung semula.

Setiap pentadbir liga perlu mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan situasi benar benar sesuai untuk menyambung semula pertandingan domestik.

Tumpuan ketika ini isu kesihatan

Paling penting ketika ini adalah usaha untuk memerangi covid-19 dan memastikan kesihatan awam sebagai keutamaan.

Buat masa ini liga bola sepak utama di Eropah masih ditangguhkan kerana pandemik koronvirus.

Ini bagi memberikan peluang kepada pengurusan liga domestik untuk menamatkan liga mereka terlebih dahulu.

Liga Perdana Inggeris sudah menyatakan bahawa mereka tidak dapat memberikan tarikh baharu untuk liga bersambung semula.

Mereka mahu memastikan keadaan benar benar sesuai dan mengizinkan. Mungkin juga liga akan disambung dalam keadaan stadium kosong.

UEFA sudah menunda tarikh EURO 2020 ke tahun hadapan dan mengosongkan kesemua perlawanan kompetitif dari kalendar mereka untuk memberikan ruang kepada liga domestik ditamatkan.

Rujukan: GMS