Jika Haaland Bermain Futsal, Ini Team Beliau, Zizang Pun Ada

Erling Haaland berkongsi dengan para peminat senarai pasukan 5 sebelah / futsal yang beliau impikan.

Dan ternyata beliau memilih pemain-pemain yang muda dan bergaya untuk pasukannya.

Penjaga gol – Gianluigi Donnarumma (Milan)

Penjaga gol AC Milan yang juga digelar Zizan Razak Itali menjadi pilihan beliau. Pemain yang mampu bermain ball playing role dengan baik. Memang pilihan yang baik untuk futsal.

Donnarumma mencipta nama di pentas dunia pada usianya yang sangat muda. Dan beliau merupakan pengganti Gianluigi Buffon di pasukan kebangsaan Itali.

Pertahanan – Matthijs de Ligt (Juventus)

Bek tengah muda paling mahal di dalam sejarah ketika berhijrah ke Juventus. Beliau merupakan bekas kapten pasukan Ajax ketika masih berusia belasan tahun.

Beliau merupakan pemain yang memiliki keupayaan fizikal yang sangat baik.

Tengah – Jadon Sancho

Pemain yang diletakkan Dortmund dengan nilai €100 juta pada nilai perpindahan semasa, walaupun harga itu dikatakan telah diturunkan sedikit.

Sancho merupakan pemain yang bergandingan dengan Haaland di Borussia Dortmund pada ketika ini.

Bekas pemain Man City yang semakin hangat dikaitkan dengan Man United.

Penyerang – Kylian Mbappé (PSG) & Erling Haaland (Borussia Dortmund)

Di posisi serangan, Haaland menamakan dirinya sendiri dan bergandingan dengan bintang PSG, Kylian Mbappe.

Amacam. Power tak? Ramai yang besar gedabak dalam pasukan tu.

Erling Haaland merupakan penyerang remaja yang berjaya menggegarkan dunia dengan prestasi cemerlangnya ketika di RB Salzburg dan kini bersama dengan Borussia Dortmund.

Pemaib kebangsaan Norway itu terus menjadi buruan kelab besar yang lain termasuk Real Madrid.

Zinedine Zidane dilaporkan berminat untuk mendapatkan Haaland setelah Luka Jovic gagal memberikan impak yang diharapkan.

Haaland sebelum ini menyatakan beliau memilih Dortmund kerana yakin kelab itu yang terbaik di dalam membantu pembangunan kariernya yang masih lagi jauh daripada kemuncak.

Baca yang lain