Jika Korang Lahir 5 Februari, Pemain Handalan Ini Berkongsi Harijadi Dengan Korang

Tarikh 5 Februari telah menjadi satu alumni harijadi untuk beberapa bintang bola sepak ternama dan handalan dunia.

Berikut adalah antara empat senarai pemain handalan yang lahir pada 5 Februari.

1. Gheorghe Hagi

Gheorghe Hagi antara pemain terbaik dalam generasi beliau. Malah beliau digelar sebagai Maradona Dari Carpathian. Ini kerana saiz badan dan kelincahannya.

Hagi merupakan pemain terbaik dalam sejarah Romania. Mewakili negaranya pada usia yang sangat muda. Beliau Pernah bermain di dua kelab musuh di Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona.

Selain daripada rekod dengan dua kelab tersebut, Hagi juga dikenal sebagai legenda Galatasaray.

Hagi menyertai Galatasaray pada 1996 dan membantu kelab tersebut meraih 10 trofi juara, termasuk Piala UEFA dan Piala Super Eropah.

Gandingan Gheorghe Hagi dan Hakan Sukur masih dikenang sebagai antara gandingan terbaik sepanjang zaman di Eropah.

2. Carlos Tevez

Carlos Tevez antara pemain yang berada dalam circa skuad emas Argentina era 2000-an. Walaupun agak malang circa tersebut tidak dapat memenangi kejuaraan major seperti Piala Dunia ataupun Copa America.

Tevez pernah bermain di kelab seperti Man United, Juventus dan Man City ketika di Eropah.

Rekod beliau bersama kelab – kelab tersebut sangat luar biasa.

Beliau juga sinonim dengan Boca Juniors. Selain itu Tevez pernah menjadi pemain bergaji paling besar di dunia ketika beraksi di China.

Pemain yang dikenali dengan stamina dan juga penyudah yang tajam di hadapan gol.

3. Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo dianggap sebagai antara pemain bola sepak terbaik di era ini bersama dengan Lionel Messi.

Beliau melonjakkan kariernya ketika bersama Man United. Dan selepas itu menikmati lebih banyak kejayaan di Real Madrid pada prime beliau.

Ronaldo kini sudah menjadi pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali.

Ronaldo masih menjadi mesin gol pada usia beliau yang sudah 35 tahun pada hari ini. Masih lagi beraksi di peringkat tertinggi di kelab dan juga antarabangsa.

Kualiti terbesar yang dimiliki beliau adalah konsistensi dan kecergasan fizikal yang merentasi dekad.

Ronaldo pernah menjadi pemain termahal dunia ketika berpindah ke Real Madrid.

Beliau merupakan pemain yang memiliki rekod peribadi dan berpasukan yang terlalu unggul untuk diceritakan.

4. Neymar

Seringkali dicanang sebagai pengganti kepada Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Neymar adalah pemain bola sepak yang sangat seronok untuk disaksikan kerana skil dan nilai hiburan yang ada.

Sebut sahaja apa jenis skil, Neymar serba serbi ada termasuk, flip flop, sombrero, roullete.

Beliau masih lagi memegang rekod sebagai pemain termahal dalam sejarah bola sepak.

Pernah membentuk gandingan paling padu di Barcelona digelar MSN bersama dengan Messi dan Suarez.

Jadi itulah antara pemain handalan yang berkongsi tarikh harijadi 5 Februari.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari