Jika Liverpool Berjaya Mencatat ‘Invincibles Season’, Ia Akan Menjadi Kelab Ke-2 Terbaik Selepas AC Milan 1991-1993

Kemenangan Liverpool ke atas Sheffield United meletakan mereka dalam sejarah,menyertai kumpulan pasukan yang tidak tewas untuk tempoh setahun di Liga Perdana.

The Reds telah bermain 37 perlawanan liga tanpa sebarang kekalahan- mengumpul 101 mata dalam kiraan itu- kali terakhir tewas kepada Manchester City 1-2 pada 3 januari 2019.

Liverpool menjadi pasukan ke-3 tidak kalah dalam tempoh setahun, Arsenal melakukannya pada musim 2003/04 – 49 perlawanan tanpa kalah- dan Chelsea (40) melakukan dari Oktober 2004 hingga November 2005.

Arsenal mencatat rekod 49 perlawanan liga tanpa kalah, bermula dari Mei 2003 hingga Oktober 2004, memecah rekod terdahulu dari Nottingham Forest yang merekod 42 perlawanan dari November 1977 hingga November 1978.

Invincible Season Arsenal telah menjadi sejarah dan penanda aras Liga Perdana Inggeris sehingga hari ini

Dalam tempoh itu, Liverpool hanya tewas 2 kali dalam pertandingan Piala ketika menentang Wolverhampton pada Januari lepas dan Aston Villa bulan lepas.

Dalam Liga Juara Eropah, Liverpool tewas 2 kali ketika menentang Barcelona sebelum bangkit dengan aksi luar biasa pada peringkat separuh akhir. Tewas kepada Napoli di peringkat kumpulan pada musim ini.

Walaupun sehingga kini masih belum berjaya memenangi sebarang kejuaraan domestik, Liverpool agak berjaya diperingkat Eropah apabila menjuarai Liga Juara Eropah, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab FIFA dalam satu musim.

  1.  Arsenal – 49 perlawanan tanpa tewas
  2.  Chelsea – 40
  3.  Liverpool – 37
  4.  Manchester City – 30

Sejak kekalahan terakhir berlaku, Liverpool selepas itu mencatat 32 kemenangan dari 37 perlawanan. Ketika Manchester City menjuarai Liga Perdana pada musim 2017/18 dengan rekod 100 mata, kadar purata mata mereka hanya 2.63 bagi setiap perlawanan.

Dalam tempoh 37 perlawanan Liverpool, purata mata Liverpool lebih baik iaitu 2.73. Adakah Liverpool akan menjuarai liga dengan kutipan lebih 100 mata?

The Reds menang 9 perlawanan berturut-turut sebelum tahun baru pada musim lepas tetapi tetap tewas kepada Manchester City dalam perebutan menjadi juara liga.

Mengumpul 97 mata, rekod ke-3 tertinggi dalam sejarah Liga Perdana, malangnya City mengumpul 98 mata pada musim yang sama. Rekod paling tinggi adalah 100 mata juga dilakukan oleh City.

Liverpool kini mendahului liga dengan jarak 13 mata di hadapan Leicester City disamping mempunyai baki 1 perlawanan di tangan.

Peminat Liverpool masih berhati-hati kerana situasi pada musim lepas mereka mendahului 7 mata menjelang tahun baru tetapi gagal meraih kejuaraan.

3 penyerang dinamik Liverpool menjadi jantung pasukan dengan jumlah 36 gol dan 14 bantuan, dengan jarak kurang dari 6 gol antara satu sama lain.

Salah, Mane dan Firmino akan menjadi sebutan selama 50 tahun jika Liverpool terus mencatat rekod tanpa kalah
  1.  Mohamed Salah, 14 gol-7 bantuan
  2.  Sadio Mane, 13 gol-7 bantuan
  3.  Roberto Firmino, 9 gol-4 bantuan

The Reds telah menjaringkan gol sepanjang 29 perlawanan lepas, merekod 89 jaringan dengan Mane (25 gol), Salah (19) dan Firmino (10).

Diikuti oleh Virgil Van Dijk (6) dan Divock Origi (5).

Bantuan gol paling banyak tidak lain bukan ia disumbangkan oleh Trent Alexander-Arnold (17) dan Andrew Robertson (13).

Di Eropah terdapat 11 pasukan yang mencatat keputusan tanpa kalah dalam tempoh setahun atau lebih. Daripada jumlah itu, 3 pasukan gagal meraih kejuaraan liga, termasuk Liverpool.

The Reds masih jauh untuk menyamai apa yang dilakukan oleh AC Milan pada tahun 1991 hingga 1993. AC Milan merekod 58 perlawanan tanpa kalah yang berlangsung selama 672 hari.

Jika Liverpool mahu menyamai rekod tersebut, mereka harus kekal tidak kalah sehingga November tahun ini. Walaubagaimana pun jika Liverpool berjaya menamatkan musim 2019/20 tanpa kalah, Liverpool akan menjadi pasukan ke-2 terbaik selepas AC Milan.

Salah satu sebab Marco Van Basten, Ruud Gullit dan Frank Rijkard menjadi lagenda adalah kerana mereka berada dalam skuad tanpa tewas AC Milan
  1. AC Milan, 58 perlawanan tanpa kalah
  2. Bayern Munich, 53
  3. Arsenal, 49
  4. Juventus, 49
  5. Barcelona, 43
  6. Nottingham Forest, 42
  7. Chelsea, 40
  8. Fiorentina, 40
  9. Real Sociedad, 38
  10. Perugia, 37
  11. Liverpool, 37

Liverpool memerlukan 12 perlawanan lagi bagi menyamai rekod yang dilakukan Arsenal yang berlangsung selama 539 hari, Liverpool boleh melepasi angka ini jika melakukan Invisible Season.

Mengikut kadar purata Liverpool iaitu 2.73 bagi setiap perlawanan, jika ia berterusan, pasukan ini boleh menjuarai liga dengan 110 mata.

Tidak pernah dicatatkan oleh mana-mana pasukan di liga masing-masing.

Mata paling tinggi berlaku di Eropah dilakukan oleh

  1. 2016/17: Celtic, 106 mata
  2. 1996/97: Barry’s, 105 mata
  3. 1997/98: Barry’s, 104 mata

Selain daripada itu

  1. 2001/02: Celtic, 103 mata
  2. 2013/14: Juventus, 102 mata
  3. 2011/12: Real Madrid, 100 mata
  4. 2012/13: Barcelona, 100 mata
  5. 2017/18: Manchester City, 100 mata

Semoga Liverpool terus mencatat keputusan tanpa kalah dan mara sejauh mungkin dalam meletakan nama pasukan dalam sejarah.

Sumber asal:

https://www.bbc.com/sport/football/50688370

Baca yang lain