Jika Malaysia Adalah Kampung Pisang, Mana Satu Karakter Korang Sekarang?

Ketika dunia dilanda Wabak Covid-19 ni, pasti korang ada jumpa ramai jenis manusia, terutama sekali di media sosial.

Apa yang berlaku sekarang membuatkan aku teringat kepada Zombie Kampung Pisang. Di mana sebuah kampung cuba keluar daripada masalah pandemik yang melanda mereka.

Pada masa tu, keluarlah pelbagai karenah dan perwatakan di dalamnya.

Korang jenis yang macamana? Dan kawan korang jenis macamana.

Husin

Husin lakonan Awie ni adalah seorang yang sentiasa bersedia untuk berjuang dan berkorban demi orang lain. Dia bukan seorang yang tak dengar cakap.

Dia mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan walaupun seringkali kecil hati pandangannya disailang kerana dia tak ada SPM.

Namun Hussin adalah seorang yang sangat berani.

Mat Karen

Mat Karen lakonan AC Mizal ni adalah manusia yang mudah panik berhadapan dengan masalah pandemik dan zombie di kampungnya.

Apa sahaja informasi yang sampai dan juga tekanan yang tiba, terus dia menggelabah.

Dia juga seorang yang slow dan seringkali menjadi mangsa buli secara verbal.

Deris

Seorang kaki politik walaupun tak kena tempat. Walaupun fokus ke arah penyelesaian masalah zombie, namun dia masih meluahkan ketidakpuasan hatinya ke atas isu isu lain di kampungnya.

Ini termasuk isu pembahagian baja dan lembu di kampungnya. Korang mesti ramai kawan jenis macam ni.

Dia punya sembang pun boleh tahan juga wei.

Sofi

Seorang MA yang menjadi harapan orang kampung. Sentiasa diberikan peluang untuk melontarkan buah fikirannya kerana dia dianggap paling pakar di kalangan mereka.

Namun malangnya, kepercayaan kepadanya tidak berbalas dengan sebaiknya.

Maimon

Sikapnya sama seperti Hussin. Walaupun dia tak mampu bertindak sendiri ataupun menjadi ketua dalam sesuatu tugaan, namun dia sangat setiakawan dalam membantu di belakang.

Maimunah

Lakonan Nadia Mustafa. Seorang yang selektif dan pilih kasih dalam mendengar pandangan orang lain.

Sebab dialah berlaku diskriminasi pandangan ke atas orang yang tak ada SPM.

Sebenarnya, dalam penyelesaian masalah, kita kenalah pertimbangkan semua pandangan yang bernas.

Pak Mail

Pak Mail lakonan Hamid Gurkha. Seorang yang ada masalah kesihatan dan warga emas. Dia jenis selamber je. Dan tak panik. Cuma kadangkalah suka mereka reka cerita nak bagi sensasi.

Inspektor Cenehom

Opportunist ketika benda berlaku. Dia sebenarnya tak betul, tetapi memandai mandai. Ala sama dengan mereka yang palatao dalam semua benda. Ni la dia.

Pak Abu dan Pak Jabit

Di antara pembawa pandemik. Dan suka berkeliaran kat luar, membuatkan pandemik tu lagi tersebar. Ni spesis yang susah nak dengar cakap ni.

Kamsan

Lakonan arwah Loloq ni menunjukkan dia dan rakan rakannya mencari makan. Namun mereka ni walaupun rockers, mereka menurut sahaja perintah kuarantin walaupun tak suka.

Usop

Seorang yang suka mengada ngada. Seringkali membanggakan negara lain berbanding dengan tempat kelahirannya dalam semua perkara. Dia pernah pergi ke Jerman tu.

Rumusan

Kita semua sedang susah hati dengan apa yang berlaku. Semalam KKM mengumumkan bahawa ada dua kematian pertama di Malaysia kerana COVID-19.

Ikuti nasihat daripada KKM dan pakar kesihatan serta pihak berkuasa yang berkaitan.

Jauhkan jarak dengan orang lain buat masa ini. Jangan berkumpul ramai ramai dan stay dekat rumah.

Jika ada demam dan sakit, segera ke hospital.

Bersama sama kita menentang COVID-19 semampu yang kita boleh.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan