Jimenez Selesai Jalani Pembedahan Tengkorak

Raul Jimenez disahkan mengalami keretakan pada tengkoraknya. Raul Jimenez mengalami kecederaan serius itu ketika aksi berdepan dengan Arsenal.

Raul Jimenez bertembung dengan David Luiz dan kedua dua pemain mengalami kecederaan. Raul Jimenez pula terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan susulan sebagai protokol gegaran kepala.

Jimenez diberikan bantuan oksigen. Jimenez disahkan sedarkan diri ketika di hospital. Ia memberikan kelegaan kepada semua pihak.

Tetapi beliau kemudian menjalani prosedur pembedahan kerana ada keretakan pada tengkoraknya.

Wolves dalam kenyataan mereka berkata:

“Raul kini dalam keadaan selesa selepas pembedahan malam tadi. Dia sudah bertemu pasangannya, Daniela dan berehat.”

“Jimenez akan terus berada dalam pemantauan untuk beberapa hari, sementara dia memulakan pemulihannya.”

“Kelab ingin merakamkan terima kasih kepada staf perubatan di Arsenal dan paramedik NHS, staf dan pakar bedah yang menggunakan kepakaran mereka untuk memberikan rawatan segera.”

Jimenez mungkin terpaksa menggunakan perlindungan kepala apabila kembali beraksi kelak.

Seperti mana yang terjadi kepada Petr Cech pada satu ketika dahulu.

Dan kita berharap agar Raul Jimenez dapat menjalani pemulihan dengan sebaiknya.

Baca yang lain