Jiwa Aersenal Masih Kuat! Mesut Ozil Troll Spurs: “Bottle Job FC Is Back”

Mesut Ozil masih ada jiwa Arsenal yang kuat dalam dirinya. Selepas bertahun tahun bermusuhan dengan Spurs sebagai pemain Arsenal, Ozil tidak melepaskan peluang troll pasukan tersebut.

Bermula daripada satu fakta opta dikongsi oleh OptaJoe berbunyi:

“1- Tottenham  menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris…”

“… gagal untuk memenangi mana mana 5 perlawanan berturut turut walaupun mereka mendahului dengan 1-0 dalam setiap perlawanan itu.”

“[Juga yang pertama] kalah 3 kali berturut turut di tempat sendiri walaupun mendahului 1-0 dalam setiap perlawanan itu. Spursy.”

Spursy merujuk kepada melepaskan sesuatu yang sudah dalam genggaman. Walaupun pada awalnya dilihat sudah menjadi milik mereka.

Sebelum ini Sir Alex pernah memberikan kata kata motivasi kepada pemainnya yang ketika itu agak gemuruh nak berdepan Spurs. Dia berkata: “Tenang la semua, itu cuma Tottenham.”

Spurs seringkali digelar Spursy oleh peminat di EPL kerana mereka sentiasa menjadi kuda hitam dalam saingan. Namun seringkali melepaskan peluang terbaik untuk memenangi sesuatu.

Maka Mesut Ozil mengejek Spurs dengan satu lagi gelaran yang mirip kepada Spursy iaitu Bottle. Yang memberikan makna yang sama dalam terma troll bola sepak di sana.

Selepas kekalahan terbaru Spurs yang mencatatkan rekod tak diingini, Ozil berkata: “Siapa lagi yang dapat pecahkan rekod itu?,” sindir Ozil yang percaya Spurs la yang akan memecahkan rekod itu kelak.

Dia menambah: “Bottle Job FC is back [emoji respect].”

Ramai peminat menyemak semula akaun tersebut untuk mengesahkan sama ada ianya betul betul akaun tulen Ozil ataupun parodi.

Salah seorang menulis: “Mendapat tahu ini bukan akaun parodi, lagi sakit woi.”

Satu lagi terma yang seringkali digunakan oleh Arsenal untuk meraikan kedudukan liga mereka di atas Spurs adalah St Totteringham Day. Walaupun sebelum ini Arsenal tidak meraikannya dalam beberapa musim namun musim lalu ianya kembali.