Joan Laporta Sahkan Barcelona Buat U Turn, Tidak Berminat Jual De Jong Ke United

Presiden Barcelona, Joan Laporta dilaporkan telah membuat u turn dalam isu membabitkan Frenkie De Jong. Di mana dia menyatakan bahawa Barcelona tidak berminat menjual pemain itu ke Manchester United.

Banyak laporan sebelum ini menyatakan bahawa Barcelona berusaha menjual De Jong pada jendela musim panas ini. Kerana mereka mahu mengimbangi buku akaun mereka di tengah-tengah krisis kewangan yang telah mencapai kadar yang luar biasa.

De Jong menjadi sasaran utama Man United. Di mana Erik Ten Hag sangat mahukan pemain itu mengisi bahagian tengahnya.

Rundingan antara kedua dua kelab sudah berlangsung. Dan dikatakan masih dalam landasan yang positif untuk mencapai kesepakatan.

Tetapi, seperti yang dipetik oleh wartawan Reshad Raman, Laporta kini berkata dia akan melakukan segala-galanya untuk memastikan pemain berusia 25 tahun itu kekal di Nou Camp.

“Saya akan melakukan segala yang saya boleh dalam kuasa saya supaya Frenkie kekal di sini, tetapi terdapat juga isu gaji dan itu perlu diselaraskan,” kata Laporta.

“Frenkie dianggap sebagai salah seorang pemain tengah terbaik di dunia oleh semua pakar. Kami gembira memilikinya.”

“Ada kelab yang mahukan dia, bukan hanya United sahaja. Kami tidak berniat untuk menjualnya, dia mahu kekal.”

Keputusan pusingan u itu dikaitkan dengan suntikan kewangan sebanyak €200 juta ke dalam tabung kelab hasil daripada penjualan hak TV.

Walaubagaimanapun, terdapat dua perkara yang harus mereka berunding dengan De Jong.

Pertama sekali, seperti yang dikatakannya, disebabkan had gaji yang dikenakan ke atas kelab, gaji besar De Jong perlu dikurangkan secara besar-besaran agar sesuai dengan parameter yang dibenarkan.

Ini adalah isu yang sama yang menyebabkan Ousmane Dembélé meninggalkan kelab minggu ini.

Apa yang memburukkan lagi keadaan ini bagi De Jong ialah terdapat kenaikan biasa yang berlaku dalam gajinya, jadi ia akan memberikan sedikit masalah kepada Barcelona.

Barcelona tidak boleh mendaftarkan pemain baharu dari ejen bebas seperti seperti Franck Kessie dan Andreas Christensen, melainkan mereka mengurangkan beberapa angka daripada senarai gaji.

Isu lain – yang Laporta gagal sebutkan – ialah sekatan lain yang dikenakan ke atas kelab ialah mereka hanya dibenarkan membelanjakan satu pertiga daripada pendapatan mereka untuk perpindahan semasa.

Memandangkan mereka sedang membida pemain seperti Robert Lewandowski, Raphinha dan Bernado Silva, mereka pasti faham bahawa ada pemain perlu dijual untuk memenuhi memastikan mereka mendapat jaminan mendaftarkan pemain pemain tersebut.

Oleh sebab itu, tindakan Laporta membuat U turn dalam rundingan De Jong dianggap meletakkan kelab dalam risiko juga. Tetapi tidak pasti apa yang akan berlaku selepas ini.

Ada juga yang menyatakan bahawa Laporta sengaja menghantar mesej kepada Man United bahawa mereka bukan satu satunya kelab yang berminat dengan De Jong.

Barcelona dan United sebelum ini gagal mencapai kesepakatan harga. Di mana Barca meminta sekitar €80 juta untuk pemain itu. United menawarkan sekitar €65 juta.

Barcelona sebelum ini sudah berjaya memujuk De Jong agar setuju dengan perpindahan tersebut. Walaupun pemain itu berterus terang menyatakan bahawa dia keberatan untuk melakukannya.

Satu lagi teori menyatakan bahawa, Barcelona mahu memberikan isyarat kepada De Jong bahawa pemain itu harus menerima pengurangan gaji atau berpotensi dijual ke kelab lain.

Ini juga bermakna, Man United harus mencari pemain lain untuk dibawa masuk memandangkan mereka kehilangan Pogba, Mata dan Matic di bahagian tengah.

Baca yang lain