Joan Mir Dan Suzuki Di Landasan Terbaik Untuk Jadi Juara Dunia

Pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir, kini semakin menghampiri gelaran juara dunia MotoGP 2020.

Sekaligus menghapuskan sebarang kemungkinan rekod tak diingini iaitu menjadi juara dunia tanpa menang sebarang siri kejuaraan.

Bagi Jorge Lorenzo, tiada masalah pun Mir juara tanpa kejuaraan di siri. Kerana beliau memang layak.

Dan kini Lorenzo berkata, orang tidak akan mempersoalkannya lagi.

Joan Mir menjadi pelumba paling konsisten musim ini.

Ini selepas, Mir menjadi juara MotoGP Eropah 2020 yang dilangsungkan di Litar Ricardo Tormo, Valencia.

Mir kini kukuh di tangga teratas dalam carta kejuaraan dunia dengan mengutip 162 mata.

37 mata di atas peluma Petronas Yamaha, Fabio Quartararo, dan rakan sepasukannya Alex Rins.

Dengan hanya berbaki dua perlumbaan lagi, Joan Mir kini menjadi pilihan utama untuk meraih gelaran juara dunia musim ini.

Namun begitu, Mir mahu terus kekal bertenang. Beliau menegaskan bahawa dia tidak akan terlalu meletakkan tekanan ke atas dirinya.

Mir berkata:

“Sangat penting untuk menjadi lebih bijak sekarang daripada sebelumnya. Kami mempunyai kelebihan mata  yang bagus.”

“Kami mungkin belum cukup bagus untuk menentukan sebarang kemungkinan dengan kemenangan ini, namun kami berada di landasan yang tepat.”

“Perlumbaan ini belum berakhir, tapi sekarang nampak jauh lebih baik pada hari Jumaat lalu.”

“Saya akan mencuba lagi minggu depan dan melihat apa yang saya miliki untuk menang. Jika tidak, saya hanya akan mencuba mendapatkan mata [yang cukup].”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di