Joan Mir Panas Hati Dan Kecam Tindakan Vinales Sebagai Tak Bertanggungjawab

Selepas rakan sepasukan Suzuki Ecstar, Alex Rins, giliran Joan Mir pula mengecam Maverick Vinales yang melompat daripada Motosikalnya.

Menurut Joan Mir, Vinales telah membahayakan pelumba lain dan tidak bertanggungjawab ketika insiden di MotoGP Styria di Red Bull Ring.

Dalam MotoGP Austria pada trek yang sama minggu sebelumnya, kebanyakan pelumba menghadapi masalah dengan suhu terlalu panas.

Atas sebab ini, Brembo membawa evolusi sistem brek tayar depan ke MotoGP Styria, dengan kapasiti yang lebih besar dan berkaliber.

Semua penunggang menggunakan sistem baru ini, kecuali Mir dan Vinales.

Kedua-duanya menggunakan sistem lama kerana tidak terdedah kepada kepanasan di MotoGP Austria.

Tetapi ketika itu brek Vinales meletup di Lap 17 di Styria, membuatkannya tanpa brek di selekoh 1.

Untuk mengelakkan melanggar tembok, Vinales menjatuhkan dirinya dengan kelajuan motosikalnya 220 kmj.

Vinales segera bangun, tetapi motosikal YZR-M1nya hancur.

Kejadian ini memaksa bendera merah dan perlumbaan ditangguhkan. Pada masa itu, Mir memimpin perlumbaan dan tidak dilanda masalah brek.

“Saya juga menggunakan brake pad yang lebih kecil seperti biasa, sebab itu saya tidak menghadapi masalah brek pada minggu perlumbaan, sementara Yamaha memutuskan untuk tidak menggunakan sistem baru walaupun mereka mengalami masalah brek sejak awal minggu ini,” kata Mir

Mir terpaksa berpuas hati di tempat keempat dalam perlumbaan selepas dilihat memiliki kelebihan untuk menjadi juara sebelum Red flag berkibar.

“Maverick dan saya merasakan masalah sejak Lap 4, dan ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membahayakan penunggang lain.”

“Biasanya, pelumba yang menyebabkan bendera merah akan disiasat. Saya harap siasatan dilakukan,” sambung pemandu dari Sepanyol ini.

Sebelum Mir, Rins juga mengkritik Vinales. Rins bukan mempersoalkan pilihan Vinales untuk melompat.

Tetapi Rins mempersoalkan keputusan Vinales untuk terus berlumba setelah mengalami masalah brek sejak Lap 4.

Pada Lap 13, Vinales bahkan berlumba tanpa brek dua kali, dan mengangkat tangannya agar pelumba lain tidak menghentamnya dari belakang.

Rins juga menyatakan bahawa tindakan Vinales boleh membahayakan pelumba lain.

Vinales sendiri juga mengakui bahawa dia merasa lega kerana tidak ada pemandu lain di hadapannya ketika kejadian itu berlaku.

Ini kerana motosikal yang dilepaskannya menggila memecut tanpa penunggang.

Rins bertekad bahawa dia akan membincangkan masalah ini dalam mesyuarat Suruhanjaya Keselamatan MotoGP selepas ini.

“Maverick tahu bahawa dia mengalami masalah brek dalam beberapa pusingan, itulah sebabnya dia mengangkat tangannya, jadi wajar jika dia memasuki pit lebih awal.”

“Saya tidak faham mengapa dia harus terus berlumba. Kami akan membincangkannya pada mesyuarat Suruhanjaya Keselamatan yang akan datang,” kata Rins.”

Perkembangan berkaitan

Detik Vinales Melompat Dari Motor Berkelajuan 218KMJ Kerana Brek Meletup

Bintang MotoGP, Maverick Vinales terpaksa mengambil keputusan drastik untuk melompat daripada motosikalnya ketika sedang dalam kelajuan 218kmj.

Ini selepas berlaku kegagalan teknikal pada bahagian brek beliau ketika di tengah tengah perlumbaan.

Ramai yang pada awalnya menjangkakan Vinales adalah terjatuh, tetapi sebenarnya beliau menjatuhkan dirinya dengan segaja.

Hal ini kerana Vinales mahu mengurangkan impak daripada kemalangan.

Vinales mulai merasai ada perkara tak kena dengan brek beliau selepas selekoh pertama. Di mana brek beliau tidak memberikan respon.

Ketika beliau menghampiri selekoh pelumba itu tiada pilihan selain daripada melompat daripada motosikalnya yang sedang dalam kelajuan yang tinggi.

Vinales mendarat di trek dengan belakangnya terbabas. Namun laporan setakat ini menyatakan beliau tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Ini kerana airbags pada bajunya berfungsi dengan baik.

https://twitter.com/i/status/1297511386008793089

Dalam satu footage video menunjukkan bahawa Vinales menunjukkan kepada bosnya bahawa breknya ada masalah sebelum dia melompat daripada motosikalnya.

Ramai pemerhati menjayakan tindakan Vinales itu sebagai salah satu detik paling mencemaskan dan berisiko dalam MotoGP. Ianya adalah pilihan terakhir yang harus dilakukan oleh pelumba.

Vinales sendiri menyatakan beliau tiada pilihan lain selain daripada melompat daripada motosikalnya untuk mengurangkan impak kemalangan yang lebih teruk.

Red flag dinaikkan, dan ianya memberikan impak kepada Joan Mir, yang sebelum ini sudah menjarakkan diri di hadapan. Dalam usahanya mencari kejuaraan pertama motoGP.

Insiden melibatkan Vinales ini adalah seminggu selepas minggu lalu mengelak daripada kemalangan dengan Valentino Rossi.

https://twitter.com/f1pills/status/1297514481371709440?s=19

Vinales memberikan komen beliau tentang insiden itu, berkata:

“Saya menyedari brek motor saya rosak. Itulah sebabnya saya memilih untuk melompat,” kata Vinales/

“Saya mula kehilangan cengkaman ketika melakukan brek pada pusingan ketiga atau keempat. Saya terus berusaha dan berusaha,” katanya lagi.

“Tiga pusingan pertama, saya sangat perlahan. Kemudian saya terus mencuba, hingga akhirnya saya merasakan brek tidak berfungsi. Fabio Quartararo, Valentino Rossi dan Danilo Petrucci mulai memintas saya.”

“Saya tidak tahu mengapa, tiba-tiba brek berfungsi dengan baik, itulah sebabnya saya dapat mencapai 1 minit 24 saat. Saya memperbaiki jarak dengan Rossi dan Quartararo, sehingga akhirnya brek saya meletup. Saya tidak dapat berbuat apa-apa,” jelas Maverick Vinales lagi.

Bukan perlumbaan yang bagus untuk pasukan Yamaha di Austria pada kali ini selepas banyak insiden menimpa mereka. Pastinya mereka berharap akan bangkit dengan lebih cemerlang selepas ini.

Perkembangan Berkaitan: Double Overtake Oliveira berikannya kemenangan dan podium sulung

Persembahan bertenaga Miguel Oliveira (Red Bull KTM Tech3) berjaya menjadikan beliau sebagai pemenang menerusi manuver di hadapan garisan penamat. Beliau kini menjadi pelumba ketiga bergelar juara MotoGP musim ini.

Terdapat juga kejadian bendera merah dalam perlumbaan ini.

Joan Mir segera meluru ke posisi depan dari awal lagi. Jack Miller dan Takaaki Nakagami mengekori di belakangnya.

Tidak lama selepas itu, Mir melebar di hujung turn 1 dan Jack Miller memanfaatkan kedudukannya.

Valentino Rossi bermula dengan baik dari kedudukan ke-14, The Doctor sudah berada di kedudukan kesembilan pada akhir pusingan pertama perlumbaan Styria MotoGP 2020 ini.

Selepas itu Joan Mir dan Takaaki Nakagami terlibat dalam persaingan sengit untuk mendapat tempat kedua.

Nakagami berjaya menewaskan Mir di pusingan ketiga. Selepas itu dia bergilir memimpin perlumbaan melalui aksinya melewati Jack Miller ketika perlumbaan masih ada 24 pusingan lagi.

Joan Mir, Jack Miller, dan Takaaki Nakagami masih menduduki tiga kedudukan teratas semasa perlumbaan MotoGP Styria 2020 di Red Bull Ring memasuki baki 15 pusingan. Pada masa ini, mereka bertiga hanya dalam jarak kurang dari 1.5 saat.

Namun, drama muncul apabila perlumbaan berbaki 12 pusingan, Maverick Vinales jatuh dari motosikalnya ketika melakukan pecutan dengan jarak 230 km sejam di hujung lurus di ketika masuk ke turn 1.

Vinales nampaknya tidak mengalami kecederaan. Tetapi motosikal itu meluncur dari landasan dan terbakar, membuatkan bendera merah dikibarkan.

Vinales rasanya mengalami masalah brek. Akibat kibaran bendera merah dalam kejadian ini, perlumbaan Styria MotoGP dihentikan selama beberapa minit. Masih ada baki 12 pusingan lagi.

Setelah disambung semula, Mir dan Miller segera melangkah dan bersaing di dua kedudukan utama. Pol Espargaro membayangi mereka berdua. Nakagami malah semakin ke belakang sehingga ke kedudukan ketujuh.

Dengan baki lapan pusingan, Pol Espargaro memintas Mir. Jack Miller masih berada di depan untuk memimpin perlumbaan.

Pol Espargaro kemudian berjaya memimpin perlumbaan dengan baki enam pusingan.

Miller berada di kedudukan kedua, diikuti oleh Miguel Oliveira dan Andrea Dovizisio. Mir semakin ke belakang dan berada di kedudukan kelima.

Pusingan terakhir MotoGP Styria 2020 menampilkan drama lewat.

Ini selepas Miguel Oliveira melakukan pecutan selekoh akhir untuk kemenangan dengan mengatasi Miller dan Pol Espargaro yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga! Ini adalah podium dan juga kemenangan pertama Oliveira!

Lihat Aksi double overtake daripada Oliveira di sini, bagaimana dia mencucuk dari belakang dan menunggu dengan sabar lawannya melakukan kesilapan.

Aksi itu pasti akan dikenang selamanya oleh Oliveira.

Nah kedudukan penuh:

1. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)

2 Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20)

3 Pol Espargaro SPA Red Bull KTM Factory (RC16)

4 Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)

5 Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20)

6 Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)

7 Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V)

8 Brad Binder RSA Red Bull KTM Factory (RC16)

9 Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1)

10 Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16)

11 Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20)

12 Aleix Espargaro ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP)

13 Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1)

14 Johann Zarco FRA Reale Avintia Ducati (GP19)

15 Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1)

16 Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V)

17 Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V)

18 Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V)

19 Bradley Smith GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP)

20 Michele Pirro ITA Ducati Team (GP20)

21 Tito Rabat SPA Reale Avintia Ducati (GP19)

– Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1)

Baca yang lain