Joan Mir: “Pelumba Lain Bergelut Teruk, Saya Biasa Je Tapi Menang Podium”

Pelumba Suzuki dari Sepanyol, Joan Mir, tampil meyakinkan di MotoGP Catalunya, Sepanyol, pada hujung minggu lalu.

Dia yang memulakan perlumbaan dari petak kelapan berjaya menduduki tempat kedua dalam perlumbaan itu.

Mir memberikan komen beliau kepada Crash, menyatakan beliau gembira dengan pencapaianya di Catalunya.

“Saya sangat gembira dengan perlumbaan ini. Saya fikir saya melakukan yang terbaik semasa perlumbaan.”

“Saya tahu, saya baru bermula dari kelapan dan itu tidak mudah. Tetapi sejak awal saya dapat mengatasinya tanpa masalah, ”kata Joan Mir.

“Pada masa itu, saya berada di belakang Jack Miller, tetapi mereka yang berada di depan membuat saya teruja untuk menyerang dengan kelajuan.”

“Jadi, ketika memasuki pertengahan perlumbaan, saya mula bertambah baik dan dapat mengurangkan jurang.”

Joan Mir merasakan, pada perlumbaan pada siri Catalunya, ramai pelumba bertungkus lumus dan bergelut dengan prestasi.

Dan dia mengakui bahawa dia juga bergelut, itu biasalah dalam perlumbaan. Tetapi tidaklah seteruk pelumba yang lain. Itupun Mir masih mampu berada di podium.

“Saya berasa bagus sekali.”

“Saya melihat pelumba lain bergelut teruk – saya juga bergelut, tetapi tidak begitu teruk macam mereka.”

“Saya gembira dengan pencapaian Suzuki, terutama ada pelumba lain yang memenangi podium (Alex Rins). Ini tentunya minggu yang istimewa bagi saya dan pasukan,” katanya.

Nama Joan Mir kini menjadi pesaing kejuaraan selepas prestasi konsistennya berada di podium dalam beberapa siri perlumbaan musim ini.

Mir sebelum ini menyatakan bahawa beliau sudah memberikan persembahan yang melebihi ekspektasi Suzuki.

Baca yang lain