Joan Mir Sembur Stoner Pula, Yang Perlekeh Juara MotoGP Tanpa Marquez Tak Bernilai

Share on facebook
Share on twitter

Joan Mir tidak menerima komen dari Casey Stoner mengenai persaingan untuk merebut gelaran juara dunia MotoGP 2020, jadi tidak cukup bagus kerana Marc Marquez masih tidak ada dalam perlumbaan.

Pada awal bulan lalu, Stoner, yang merupakan juara dunia MotoGP dua kali, membuat komen yang dia tahu bahawa ianya boleh mencetuskan kontroversi.

Dalam podcast In the Fast Lane, bekas pelumba kelas premium dari Australia itu ditanya sama ada ketiadaan Marc Marquez telah menurunkan nilai pertandingan merebut gelaran dunia di MotoGP 2020.

Stoner berkata: “Di sini saya boleh memulakan kontroversi, tetapi saya setuju sepenuhnya dengan kenyataan itu.”

blank

Menurut Stoner lagi, tanpa Marc Marquez yang mengalami kecederaan pada siri pertama dan belum dapat berlumba lagi sehingga sekarang.

Ramai pelumba yang sebelum ini tidak pernah menang dan telah menang dan ramai yang bergilir-gilir naik ke podium.

Stoner berpendapat, tahap persaingan akan berbeza jika ada Marc Marquez.

“Marc adalah pelumba terkemuka dan berjaya merangkul kejuaraan dunia dan menaikkannya ke satu tingkat lebih tinggi.”

“Ketika saya masih berlumba ada Valentino (Rossi), Jorge (Lorenzo) dan Dani (Pedrosa), namun Marc biasanya di depan menjaga kedudukannya daripada yang lain.”

“Pelumba seperti itu, yang dapat menunjukkan apa yang harus dilakukan setiap minggu, dengan tahap konsistensi sepanjang musim,” kata Casey Stoner lagi.

Stoner juga berpendapat, musim wabak ketika ini membuatkan litar litar mengadakan dua siri perlumbaan secara berturut-turut.

Yang menurutnya membantu membentuk pemikiran penunggang; jika gagal dalam satu perlumbaan, ia masih boleh diperbaiki dalam siri seterusnya.

Pada musim ini siri MotoGP 2020 telah menghadirkan tujuh pemenang berbeza. Empat daripada mereka adalah pemenang baharu dalam kelas premium.

Joan Mir kurang bersetuju dengan pandangan Casey Stoner. Mir yang kini menduduki tempat kedua dalam kedudukan MotoGP 2020 dikenali dengan sikapnya suka berterus terang walaupun kadangkala nampak celupar.

Malah Mir turut menyindir Casey Stoner.

“Senang bercakap dari luar, (kerana) dia sudah pencen. Apa yang saya tidak faham adalah, secara teori, Casey tidak ada di sini lagi, kan?”

“Tetapi dia hanya muncul untuk membuat komen seperti ini. Saya tidak faham la.”

“Biarkan dia bercakap sesuka hati, memberikan pendapatnya. Dari rumah, duduk di sofa, tempat yang sangat selesa,” kata Mir dengan sinis, dalam wawancara dengan Marca awal minggu ini.

Kejuaraan dunia musim ini sudah jelas sekali bakal melahirkan juara baru. Lalu Joan Mir meminta Casey Stoner lebih menghormati orang lain dan bukannya memperlekehkan kejuaraan dunia mereka.

Mir berpendapat, ketika Marc Marquez memenangi gelaran juara dunia pertama di MotoGP ada juga pesaingnya yang mengalami kecederaan.

“Sepertinya sesuatu yang serupa terjadi pada gelaran dunia pertama Marquez, ketika itu Pedrosa dan Lorenzo cedera.”

“Tetapi itu tidak bermakna gelaran dunia kurang bernilai. Sama sekali tidak, ia pasti masih bernilai kerana ia adalah yang pertama baginya.”

Joan Mir antara pelumba paling cemerlang musim ini. Beliau malah menganggap prestasinya telah melebihi harapan daripada pasukan Suzuki.

Beberapa minggu lalu Mir ditanya apa perasaan beliau berada dalam persaingan kejuaraan. Mir menyatakan beliau sendiri tak akan menerima kalau dia menjadi juara dunia tanpa menjuarai sebarang siri musim ini.

Joan Mir antara pelumba paling konsisten dalam 5 perlumbaan terakhir dan mendapat banyak mata.

Baca yang lain