Joao Cancelo Dan Keluarga Diserang Perompak Di Rumahnya, Barang Kemas Disapu Licin

Joao Cancelo telah diserang dalam satu rompakan di rumahnya yang menyebabkan pertahanan Manchester City itu mengalami luka di atas matanya.

Cancelo menyiarkan gambarnya di Instagram pada Khamis untuk mendedahkan bahawa perompak melarikan barang kemas selepas 4 perompak itu menyerang dia dan keluarganya.

Pemain dan kakitangan City sepatutnya berada di London antara perlawanan mereka menentang Brentford dan Arsenal minggu ini tetapi sebaliknya mereka telah kembali ke Manchester pada malam Rabu sebelum perlawanan di Emirates pada hari Sabtu akan datang.

Mungkin kerana menjangkakan Cancelo tidak berada di rumah pada masa itu, maka perompak sudah merancang mahu memecah masuk rumahnya. Mereka seolah olah menantikan saat seperti itu.

Tetapi pada hari itu sebenarnya Cancelo berada di rumahnya.

Tindakan perompak itu dianggap pengecut oleh Cancelo. Cancelo menyatakan bahawa perompak bertindak agresif ketika pemain itu cuba menentang mereka.

Cancelo juga lega kerana ahli keluarganya yang lain tidak mengalami apa apa kecederaan di dalam insiden yang mendebarkan itu.

Perompak melarikan kesemua barang kemas yang ada miliknya. Dalam muat naik di Instagram miliknya, Cancelo menulis:

“Malangnya hari ini saya diserang oleh empat pengecut yang mencederakan saya dan cuba mencederakan keluarga saya. Apabila anda menunjukkan tentangan inilah yang berlaku,” kata Cancelo dalam catatan Instagram bersama gambar dirinya dengan luka yang dalam di matanya.

“Mereka berjaya mengambil semua barang kemas saya dan meninggalkan saya dengan muka saya dalam keadaan ini. Saya tidak tahu bagaimana boleh ada orang yang kejam seperti itu. Perkara yang paling penting bagi saya adalah keluarga saya dan nasib baik mereka semua OK.”

“Selepas begitu banyak halangan dalam hidup saya, ini hanyalah satu lagi yang akan saya tempuhi. Tegas dan kuat seperti selalu.”

Manchester City mengecam insiden itu dan mengeluarkan kenyataan dengan berkata: “Kami terkejut dan terkejut mendapat tahu bahawa Joao Cancelo dan keluarganya telah menjadi mangsa pecah rumah di rumah mereka petang ini di mana Joao turut diserang.”

“Joao dan keluarganya akan mendapat sokongan daripada Kelab dan dia akan bekerjasama membantu polis dalam siasatan mereka ketika mereka menyiasat perkara yang sangat serius ini.”

Ini bukanlah perkara yang rare berlaku di England. Sebelum ini Reece James kehilangan pingat UCL miliknya kerana rumahnya dipecah masuk.

Selain England, di Paris St Germain, Angel Di Maria pernah terpaksa dikeluarkan ketika dia masih beraksi atas padang, keran keluarganya diserang perompak.

Joao Cancelo musim ini berada dalam prestasi terbaik dalam hidupnya di atas padang. Dia menjadi bek sisi elit di Eropah. Menjadi salah seorang pemain terbaik pada musim ini.

Joao Cancelo menyumbang assist dan gol penting buat Manchester City dalam usaha mereka mahu mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Cancelo juga menjadi pemain penting untuk negaranya Portugal. Cancelo berterima kasih kepada Pep Guardiola yang terus memberikan kepercayaan kepadanya sejak dari hari pertama dia bersama dengan Man City.

Cancelo merampas slot kesebelasan utama dalam skuad Manchester City. Beliau boleh bermain dengan baik di kedua dua belah sisi di atas padang.

Manchester City kini masih berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris. Sumber dalaman memberitahu ESPN bahawa keputusan akan diambil pada hari Jumaat mengenai sama ada Cancelo akan pergi bersama rakan sepasukannya ke London untuk perlawanan Arsenal.

Baca yang lain