Joao Cancelo dilaporkan telah menerima syarat perpindahan ke Al Hilal. Ini selepas kedua dua kelab mencapai kesepakatan harga €35 juta untuk pemain tersebut.
Cancelo menjadi pemain buangan Man City setelah dia bersikap biadap dengan Pep Guardiola beberapa musim lalu. Walaupun musim sebelum dia kena tendang, dia adalah antara pemain terbaik di dunia dan menjadi pemain penting Man City.
Tindakannya mempersoalkan pemilihan pemain oleh Pep Guardiola dan pada satu ketika dia enggan memanaskan badan, telah menghancurkan kariernya di Man City. Dia kemudian menyertai Bayern Munich dan mahu berpindah tetap ke Bayern.
Dia turut membandingkan Bayern dengan Man City. Di mana dia memuji Bayern sebagai kelab lebih besar, walaupun pada masa itu dia masih milik Man City.
Dia kemudian gagal mendapatkan kontrak tetap di Bayern. Kerana masalah prestasi yang tidak konsisten. Dia dihantar secara pinjaman sekali lagi ke Barcelona. Dan dia yakin akan menyertai Barca secara tetap selepas tempoh pinjaman berakhir.
Barcelona juga berminat untuk mendapatkan Cancelo secara tetap. Malangnya kelab itu tidak dapat membeli Cancelo kerana faktor kewangan kelab yang masih bermasalah. Dia kembali semula ke Man City. Kelab Man City aktif mencari pembeli kepada Cancelo yang masih tidak mendapat tempat dalam skuad Pep Guardiola.
Man City Xtra kemudian melaporkan bahawa kelab Arab Saudi, Al Hilal datang dengan tawaran €35 juta yang terus diterima oleh Man City. Dia menyertai Man City dengan harga dalam lingkungan yang sama dari Juve.
Kini rundingan dalam proses akhir dan akhirnya Man City dapat menjual pemain itu dengan harga yang memuaskan hati mereka. Joao Cancelo memang pemain yang kerap gagal mengawal bicaranya dengan pengurus.
Dia sendiri akui kadangkala dia bercakap kasar dengan pengurus kerana menurutnya, dia seorang yang mahu sentiasa bermain. Jika tidak bermain dia akan tertekan. Pep Guardiola tidak dapat menerima alasan itu kerana menurut Pep, tindakan seperti itu adalah satu bentuk rasa ‘tidak menghormati’ rakannya yang sedang bermain di atas padang.