Joao Cancelo Tangguh Penerbangan Ke Barca Kerana FFP Tak Benarkan Pendaftarannnya

Joao Cancelo dilaporkan sudah mencapai kesepakatan dengan Barcelona dalam semua syarat dan terma peribadi.

Kemudian kedua dua kelab juga setuju dengan perpindahan tersebut.

Namun kini pemain itu tidak dapat menandatangani kontrak rasmi dengan Barca kerana FFP telah menghalangnya. Cancelo dijadualkan tiba di Barcelona hari ini. Namun  Manchester City tidak memberikan kebenaran untuk pemain itu terbang ke Barcelona buat masa ini.

Hal ini kerana Man City mahukan jaminan bahawa Cancelo benar benar boleh berpindah ke Barca berdasarkan peraturan FFP.

Di pihak Cancelo pemain itu juga sedar, jika dia menandatangani syarat dengan Barca, bukan jaminan dia boleh didaftarkan dalam pertandingan di bawah UEFA termasuk liga domestik Sepanyol.

Buat masa ini kesemua pihak masih bersabar dan mencari solusi terbaik. Dengan masing masing yakin bahawa isu ini akan dapat diselesaikan sebelum jendela perpindahan ditutup.

Joao Cancelo menjadi pemain tidak diingini Guardiola gara gara sikapnya yang mempersoalkan tindakan pengurus itu sebelum ini.

Cancelo tak puas hati diletakkan di bangku simpanan atau dikeluarkan awal.

Dia malah pernah mengeluarkan kata kata kesat kepada Guardiola di hadapan pemain lain kerana tak puas hati kehilangan tempat kepada pemain  seperti Rico Lewis yanh masih muda.

Cancelo merupakan salah seorang bek sisi terbaik di dunia sebelum ini di bawah Guardiola. Namun hubungannya yang retak dengan Guardiola membuatkan dia tidak mendapat minit permainan.

Ketika dipinjamkan ke Bayern, dia juga gagal meyakinkan kelab itu untuk mendapatkannya secara tetap. Bayern juga menilai Cancelo ada ciri ciri toksik kerana dia menunjukkan rasa tak puas hatinya apabila disisihkan daripada kesebelasan utama.

Beberapa tahun lalu Guardiola pernah bertengkar dengan Cancelo ketika mengeluarkan pemain itu. Namun pada masa itu Guardiola menerima kerana menurutnya pemain seperti Cancelo sentiasa mahu beraksi.

Malangnya pada musim lalu, Cancelo melampaui batas.

Guardiola turut ditanya di mana Cancelo ketika aksi Perisai Komuniti menentang Arsenal. Pengurus itu menyatakan Cancelo bersama keluarganya dan tidak mahu terlibat dalam aksi itu.

Kini pemain itu berusaha untuk menyertai Barcelona. Dengan kelab itu membayar secara ansuran €30 juta secara mandatori.

Barcelona memang ada masalah dengan FFP. Sebelum ini mereka bergelut untuk mendaftarkan pemain baharu seperti Ilkay Gundogan, namun mereka tetap berjaya melakukannya.

Laporta merupakan individu yang sangat licik dan bijak mencari kelompongan peraturan untuk membolehkan mereka mendaftarkan pemain baharu.

Cancelo dianggap pemain sesuai dengan taktikal Xavi Hernandez.

Cancelo turut dikaitkan dengan Arsenal sebelum ini. Pep Guardiola sudah menyatakan dia tak akan menghalang pemain itu menyertai mana mana kelab dia mahu walaupun pesaing dalam EPL atau ke kelab sebandar sekalipun.

Cancelo menegaskan dia cuma mahu ke Barca. Jika perpindahan ini gagal, Cancelo berdepan risiko akan menjadi simpanan mati sekurang kurangnya sehingga Januari 2024.

Baca yang lain