Joao Felix telah menerima kecaman daripada peminat Atletico selepas pemain itu meraikan gol ketika menentang mereka.
Joao Felix menjadi penjaring gol tunggal dalam aksi Barcelona menentang Atletico pada aksi Ahad.
Dan dia tidak melepaskan peluang untuk meraikannya dengan mendepakannya tangannya di hadapan peminat Barca.
Isu yang dibangktikan peminat Atletico adalah, pemain itu sebenarnya masih pemain mereka. Dan dia hanya menyertai Barcelona secara pinjaman sahaja.
JOAO FELIX WHAT A GOAL🔥🔥🔥 pic.twitter.com/YtcrH7aPP2
— Culers Media (@lewyball) December 3, 2023
Jika dia dibeli Barca secara tetap sekalipun peminat pasti kecewa dia meraikan gol ke atas mereka. Inikan pula pemain yang masih di bawah kontrak dengan kelab itu.
Joao Felix sebelum ini meninggalkan Atletico juga dengan cara kontroversi. Dia secara terbuka menyatakan hasratnya mahu menyertai Barcelona sebagai impiannya sejak dari kecil.
Dia kemudian meminta Atletico menjualnya ke Barca kerana dia dah menyampah bermain di bawah Diego Simeone. Atletico gagal menjualnya ke Barca kerana Barca ada masalah kewangan.
Felix berdegil dia hanya mahu ke Atletico dan akhirnya dia dilepaskan secara pinjaman.
Hubungan Joao Felix dan Simeone sudah retak pada musim lalu lagi. Ketika itu dia tidak berpuas hati dengan taktikal Simeone yang dia anggap membosankan dan tidak terbuka [open play].
Dia kemudian disisihkan ke bangku simpanan dan seterusnya dipinjamkan ke Chelsea. Sebelum dipinjamkan ke Chelsea dia melanjutkan kontrak dengan Atletico sehingga 2027.
Tindakan itu dianggap memakan dirinya sendiri. Kerana selepas itu Chelsea tidak dapat membelinya secara tetap kerana Atletico meminta tambahan £90 juta lagi jika kelab itu mahukan Felix secara tetap selepas mereka membayar £11 juta sebagai yuran pinjaman separuh musim dari Januari.
Felix yang masih ada kontrak jangka panjang, membuatkan kelabnya merasakan dia tidak patut dijual murah.
Ketika kembali semula ke Atletico, Simeone menyatakan dia tak dapat menerima pemain itu dan akan menjualnya.
Felix pada masa yang sama memberitahu media, dia berlatih pada masa itu atas dasar profesional dan dia sudah tak mahu bermain di bawah Simeone.
Akhirnya dia ke Barcelona. Dan menghantui kelab itu dengan gol dan keraian gol kontroversi. Peraturan la liga membenarkan pemain yang dipinjam untuk bermain menentang kelab pemilik pemain itu.
🔵🔴 João Félix scores and celebrates against Atlético Madrid… while he’s on loan to Barcelona. pic.twitter.com/nJWwZ497GN
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 3, 2023
Media sosial rasmi Barcelona tidak melepaskan peluang mereka untuk mengapi apikan lagin keadaan.
OH JOÃO pic.twitter.com/vw9LCGnIku
— FC Barcelona (@FCBarcelona_es) December 3, 2023
Namun peminat Barca menyatakan pemain itu berhak meraikannya kerana dia mendapat banyak kritikan daripada peminat dan pemain Atletico.
Antoine Griezmann melabel Felix sebagai ada masalah konsistensi yang menghalang dia untuk berjaya di Atletico.
Seterusnya Saul Niguez menganggap Felix tidak cukup bagus berdasarkan harga yang dibayar untuknya.
Earlier this week, Antoine Griezmann said João Félix "lacked the consistency" to succeed at Atlético Madrid.
Saúl Ñiguez also said Félix "could have done things" better at the club.
Today, Félix responded by scoring the winner for Barcelona against his parent club 🥶 pic.twitter.com/IOjn487S1l
— ESPN FC (@ESPNFC) December 3, 2023