Musim lepas Atletico Madrid membeli João Félix dari Benfica dengan harga € 126 juta. Walaupun mahal mereka mendapat dana besar selepas menjual Antoine Griezmann kepada Barcelona € 120 juta.
Malahan pasukan itu juga menjual Lucas Hernandes kepada Bayern Munich (€80 juta) dan Rodri kepada Manchester City (€ 70 juta).
Tahun terakhirnya di Benfica, Félix menampilkan bakat luar biasa apabila mencetak 18 gol dan 8 bantuan dalam Liga Portugal dan Liga Europa.
Pemain ini berfungsi di peranan no.10 dan mampu menjadi pemain no.9. Semua catatan diatas dilakukan pada usia 19 tahun di liga tertinggi ‘kelas 2’ eropah.
Pada musim ini, Félix masih belum memenuhi apa yang dimilikinya di liga ‘kelas pertama’ eropah. Walaupun dia banyak kali diturunkan dalam kesebelasan utama, tetapi dia sering dikeluarkan sebelum tamat perlawanan.
Pada aksi menentang Mallorca, ia merupakan penampilan ke-21 dalam kesebelasan utama. Penampilan itu juga menyaksikan pemain Portugal itu dikeluarkan sebelum masa permainan tamat.
Ia kali ke-17 dari 21 perlawanan dia dikeluarkan.
Nampaknya pemain muda itu sudah hilang sabar dengan situasi tersebut. Dia menendang bola kearah tempat duduk penonton apabila namanya dipanggil untuk keluar.
Pada minit ke-54 Diego Simone membawa masuk Angel Correa bagi menggantikan pemain itu.
Perkara itu mendapat reaksi dari Simone dan berharap Félix lebih tenang dan terus fokus kepada proses mencari sentuhannnya.
“João Félix cuba mencari semula prestasi terbaiknya. Kami harap dengan ketenangan dia mampu menemui kualiti yang dimilikinya serta menjaringkan gol” kata Simone kepada AS
“Saya sentiasa berupaya menyakinkan para pemain muda untuk datang ke pasukan kompetitif ini. Mereka perlu menang. Untuk mencari kemenangan kami tidak mempunyai komitmen kepada individu.”
Jurulatih itu tegas dan bebas membuat keputusan untuk memberi yang terbaik kepada pasukannya meskipun kadang-kadang boleh mengundang rasa tidak senang dari pemain lain.
“Kami percaya kepada kualiti, bakat dan cara dia bermain. Tentu sahaja kami mahukannya produktivitinya di atas padang.”
“Kami fokus kepada halatuju pasukan dan kelab. Untuk mengangkat individu, kami cuba meningkatkan permainannya secara kolektif. Kalau fokus kepada satu pemain, ia sangat berbahaya.”
João Félix sudah tampil 33 kali musim ini dalam semua pertandingan dan menjaringkan 8 gol dan 2 bantuan.
Angka itu masih belum menunjukkan kualiti sebenar pemain muda ini. Ia mungkin menjadi musim yang sederhana baginya.
Keputusan menewaskan Mallorca semalam meletakkan Atletico Madrid naik ke tangga ke-3 La Liga dibelakang Real Madrid dan Barcelona.
Atletico Madrid 3 Mallorca 0
Alvaro Morata m29(p), 45, Koke m79
Atletico Madrid: Jan Oblak (6.7); Kieran Tripper (7.4), Manuel Sanchez (7.3), Jose Gimenez (7.5), Stefan Savic (6.8); Marcos Llorente (7.5), Yannick Carrasco (7.1), Saul Niguez (6.6), Koke (8.3); Joao Felix (6.7), Alvaro Morata (8.5)
Vitolo (6.5), Diego Costa (6.0), Thomas Partney (6.1), Renan Lodi (6.7), Angel Correa (6.4)
Mallorca: Manolo Reina (5.2); Alejandro Pozo (7.0), Fran Gamez (5.9), Antonio Raillo (6.1) Aleksander Sedlar (6.0); Takefusa Kubo (7.6), Dani Rodgriguez (6.3), Aleix Febas (6.2), Iddrisu Baba (6.6); Aleksander Trakovski (6.1), Juan Hernandez (6.2)
Lago Junior (6.2), Joan Sastre (6.0), Salva Sevilla (6.3), Abdon Prats (5.9), Pablo Chavarria (5.9)