Joao Mario Dedah Perkara Sebenar Di Sebalik Video Bruno Dan Abang Do

Telah tular satu video yang kononnya Bruno Fernandes dan Cristiano Ronaldo dikatakan janggal ketika cuba bersalaman.

Ada yang menganggap Bruno Fernandes telah memulaukan Ronaldo kerana tidak gembira dengan komen pemain itu berkaitan pasukan mereka, Manchester United.

Ronaldo menjadi topik hangat apabila dia hadir dalam program bual bicara panas bersama Piers Morgan.

Dia mengutuk kelabnya sendiri, kemudian menembak Erik Ten Hag. Ronaldo merasakan bahawa di Manchester United, ada 2 atau 3 orang pemain senior mahu dia berambus.

Begitu juga dengan pengurusan Manchester United yang dituduhnya sebagai mengkhianati dirinya kerana mahu melihat dia angkat kaki.

Jadi, ramai yang membuat spekulasi bahawa Bruno Fernandes berkecil hati dengan tindakan Ronaldo dan dilihat endah tak endah dengan kehadiran ketua pasukannya itu.

Joao Mario tampil menjelaskan tentang apa yang berlaku pada ketika itu.

Menurut Joao Mario, tiada sebarang isu janggal di antara kedua dua pemain.

Sebaliknya mereka berdua sempat bergurau sendaloka ketika bertemu.

Joao Mario berkata: “Cristiano bertanya kepada Bruno Fernandes, kenapa dia tiba lewat sangat, dia datang menaiki bot ke apa?”

Bruno Fernandes merupakan antara pemain yang lewat melapor diri ke kem Piala Dunia Portugal.

Bruno Fernandes kemudian menganjing Joao Mario menganggap rakan sepasukannya itu baru sahaja mengganggu berita hangat di akhbar.

Portugal dalam misi untuk memburu Piala Dunia pertama dalam sejarah mereka. Sebelum ini Portugal menamatkan penantian mereka dalam Euro.

Kini misim mereka pastinya untuk memenangi Piala Dunia.

Seringkali dianggap salah sebuah pasukan yang sangat menarik untuk disaksikan, Portugal masih belum pernah menggenggam kejuaran Piala Dunia di dalam sejarah kelab mereka.

 

Baca yang lain