Mikel Arteta dikatakan telah mencalonkan nama Joe Hart untuk menggantikan senarai penjaga gol mereka yang cedera iaitu Bernd Leno.
Leno menghadapi kecederaan ketika aksi berhadapan dengan Brighton. Dan penjaga gol dari Jerman itu dijangka akan berehat untuk jangka masa yang panjang.
Dan kini Arsenal bergantung kepada Emi Martinez sebagai penjaga gol hadapan mereka. Tetapi Arsenal mahu mencari penjaga gol kedua yang bagus untuk berada di bangku simpanan.
Peraturan di dalam Liga Perdana Inggeris membenarkan pendaftaran kecemasan untuk penjaga gol pada bila-bila masa.
Dengan syarat penjaga gol tersebut adalah agen bebas ataupun tamat kontrak dengan pasukan lamanya.
Bekas penjaga gol antarabangsa England itu dilihat sebagai calon terbaik untuk mengisi kekosongan yang ada di Emirates.
Kontrak semasa Joe Hart akan berakhir pada akhir bulan ini dengan Burnley. Dan beliau dilihat tidak akan melanjutkan kontrak jangka pendek.
Joe Hart pastinya tiada ruang untuk menjadi penjaga gol utama ketika di Burnley. Hal ini kerana pasukan tersebut memiliki penjaga gol yang sedang berada dalam prestasi terbaik Nick Pope.
Hart sebelum ini pernah membantu Manchester City menjuarai dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Namun selepas itu, Beliau gagal mendapat tempat dalam skuad Pep Guardiola kerana isu kurang bagus dalam ball playing.
Arsenal are considering a move for Joe Hart on a free transfer following Bernd Leno's injury [Express] pic.twitter.com/1I0HCV5zQm
— AFTV (@AFTVMedia) June 22, 2020
Selain isu penjaga gol, Arsenal pada masa yang sama berdepan dengan masalah kecederaan yang agak terlampau banyak ketika ini.
Pablo Mari antara nama yang tercedera ketika aksi liga bersambung bersama dengan Granit Xhaka.
Selain itu, pemain lain yang cedera termasuk Lucas Torreira.
Selain daripada masalah kecederaan Arsenal juga bergelut dengan isu kontrak pemain.
Kapten mereka Pierre-Emerick Aubameyang masih belum menandatangani kontrak.
David Luiz sebelum ini sudah memberikan bayangan beliau mungkin tak akan menyambung kontrak di Arsenal selepas tamat kontraknya pada bulan ini.
Pemain seperti Mesut Ozil pula terus gagal berada dalam kondisi meyakinkan Arteta.
Di atas padang mereka terus bergelut dengan prestasi. Arsenal kini semakin sukar dalam usaha mereka mahu layak ke Liga juara-juara Eropah pada musim hadapan.
Seterusnya beberapa minggu yang lalu pihak pengurusan tertinggi asma dilaporkan mungkin tidak akan memberi dana perpindahan kepada Arteta kerana impak ekonomi daripada covid dan juga jika Arsenal terus gagal layak ke Liga juara-juara Eropah buat tahu keempat berturut-turut.