Joe Hart Minta Maaf Kerana Status IG ‘Job Done’ Selepas Spurs Kalah 3-0 Dan Tersingkir,

Penjaga gol simpanan Tottenham, Joe Hart meminta maaf selepas satu post pelik di mana dia menulis Job Done! (tugasan selesai) pada instagramnya, ketika pasukannya kalah 3-0 dalam aksi kedua menentang Dinamo Zagreb.

Sekaligus Spurs tersingkir, walaupun menang 2-0 dalam perlawanan pertama. Zagreb marak dengan bergaya hasil hatrik Mislav Orsic.

Kemarahan penyokong Spurs semakin bertambah selepas Hart memuat naik post yang tidak masuk akal. Apa yang dimaksudkan dengan job done? Adakah Hart sedang troll team sendiri?

Bekas penjaga gol antarabangsa England itu bangun pada pagi Jumaat dan meminta maaf mewakili pasukan medianya yang tersilap post.

“Selamat pagi gais, saya rasa saya patut tampil dan memohon maaf bagi pihak pasukan media sosial saya. Perkara ini baru menarik perhatian saya kerana saya baru bangun. Ada seseorang daripada pasukan media sosial menganggap bahawa kita menang 3-0 semalam.”

“Mungkin kedengaran tak masuk akal, tetapi ianya kebenaran, lalu di muat naik ‘job done’.”

“Ianya kelakukan tidak dapat diterima, dan saya pasti ianya membuatkan ramai orang marah. Dan saya meminta maaf untuk itu.”

“Ia jelas sekali bukan datang dari saya, dan saya sepenuhnya menyayangi kelab ini dan menyokong pasukan ini.”

“Saya pun sedih sama seperti pemain pemain lain. Jadi, maafkan saya.”

Baca yang lain

United Sedia Jual Greenwood

Manchester United masih belum pasti tentang kedudukan Mason Greenwood dalam pasukan itu pada musim hadapan. Sebelum ini Sir Jim Ratcliffe tidak menolak