Pemain PSV Eindhoven memberikan amaran kepada mana mana kelab biasa biasa dalam EPL dan tidak bermain di UCL agar melupakan niat mereka mahu mendapatkannya.
Johan Bakayoko menyatakan pemain sepertinya hanya layak bermain di kelab besar, dan bermain di Liga Juara Juara Eropah semata mata.
Dia juga hanya mahu bermain dalam pasukan yang mampu memenangi trofi kerana dia mahu menjadi juara. Sesuai dengan namanya Johan yang mahu bergelar johan.
🚨🇳🇱𝐄𝐗𝐂𝐋; •Johan #Bakayoko confirms he will only leave #PSV for an absolute top club. Mid-#PremierLeague of no interest.#Calciomercato #transfers. pic.twitter.com/T4RN429FlV
— Vincenzo Spennagallo (@vincspe) August 11, 2024
Bakayoko akui dia mendapat banyak tawaran daripada kelab lain. Dan tawaran dari England antara yang dia terima. Tawaran tersebut menawarkan dia kontrak lebih lumayan daripada kelab di liga lain.
Tetapi jelas sekali Johan Bakayoko berkata: “Saya tak akan bermain dengan kelab midtable di Liga Perdana Inggeris. Biar saya rumuskan secara ringkas. Saya mahu menjadi juara, bermain di Liga Juara Juara Eropah, dan mahu bermain di dalam pasukan dalam kesebelasan utama.”
Johan Bakayoko dikaitkan dengan banyak kelab besar, ini termasuk Arsenal dan Liverpool serta RB Leipzig. Leipzig baru baru ini menyatakan niat mereka mahu menjadikan pemain itu sebagai pengganti Dani Olmo yang bakal ke Barcelona.
Namun pemain itu menyatakan bahawa dia buat masa ini fokus kepada PSV Eindhoven. Kerana kelab itu adalah kelab yang berstatus juara.
“Bagi saya pada masa ini, paling penting adalah menjadi johan di PSV. Saya masih tidak memikirkan soal berpindah kelab. Ramai yang menjangkakan saya akan berpindah ke kelab di liga lebih besar musim panas ini, namun PSV pun kelab besar dan kelab juara.
“Lagipun, PSV sudah dijamin akan bermain di Liga Juara Juara Eropah. Buat masa ini, PSV adalah kelab impian saya.”
Johan Bakayoko scores his first of the season in the first game of the season.
I rate this kid highly. What a player. Brilliant left foot. 🔥 pic.twitter.com/FXK8iZn1pG
— George Chomakov (@chomakovg) August 10, 2024
Johan Bakayoko, adalah pemain sayap kanan berusia 21 tahun yang menjadi pemain kebangsaan Belgium. Dia sudah memiliki 11 kaps untuk negaranya.
Di peringkat remaja, dia bermain untuk OH Leuven sebelum menyertai Club Brugge, dan berpindah KC Mechelen sebelum menyertai Anderlecht. Aksi cemerlang bersama skuad pembangunan Anderlecht membuatkan dia dipancing oleh PSV.
PSV forward Johan Bakayoko: "I'm not going for a mid-table Premier League team." "I will summarize it very briefly: I want to be able to become a champion, play the Champions League and play myself in the team."
byu/oklolzzzzs insoccer
Dia diserap ke dalam skuad B-21 PSV pada 2022, seterusnya menjadi pemain utama selepas membuat debut pada Mac 2022 menentang Heracles Almelo dalam aksi Eredivisie.
Selepas debut tersebut, dia terus menjadi pemain regular untuk kelab Belanda itu. Musim lalu dia membuat 46 penampilan dan menjaringkan 14 gol, 14 assist. Menjadikan dia salah seorang pemain muda paling dikehendaki di Eropah.
Musim lalu, kelab EPL, Brentford cuba memancing khidmatnya. Dan dia menolak perpindahan itu. Walaupun PSV sudah sedia menerima tawaran yang dikatakan sangat besar dan boleh menjadi rekod kelab untuk pemain muda itu.
EXCLUSIVE: Brentford closing in on deal to sign top talent Johan Bakayoko from PSV Eindhoven! 🚨🔴🐝 #BrentfordFC
Understand official bid submitted today for total package up to €40m add-ons included plus sell-on clause for PSV.
Final details to be clarified before here we go. pic.twitter.com/Hj3RI3aMin
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 31, 2023
Bakayoko enggan berpindah. Tetapi pada masa itu dia tidak terlalu jujur menyatakan dia enggan bermain untuk kelab midtable di EPL.
Sehinggalah baru baru ini dia menegaskan bahawa dia tidak rela menurunkan statusnya daripada pasukan juara liga di Belanda dan bermain di UCL kepada kelab biasa biasa di EPL.
Selain daripada Arsenal dan Liverpool, kelab lain seperti Man City, PSG, Chelsea (macam biasa) dan Borussia Dortmund juga sudah lama memantau perkembangan pemain itu.
PSV ketika ini dilaporkan telah meletakkan tanda harga €60 juta untuk pemain muda itu.
Bakayoko dikenali sebagai pemain sayap yang sangat efektif dalam ‘membelah’ pertahanan. Dia juga pemain yang sangat tenang ketika berdepan tekanan dengan gaya permainannya sebagai ball carrying winger.
Pada usianya yang muda, dia memiliki keberanian yang luar biasa serta rekod assist dan golnya membuktikan dia penyerang sayap yang lengkap. Salah satu kekuatan utama Bakayoko adalah hantara silangnya yang bahaya. Dia tidak semata mata bergantung kepada gelecekan dan percubaan ke arah gol.
Menurut analisis Football Scout, mereka merumuskan Johan Bakayoko sebagai: “Pemain penyerang sayap yang pantas, cepat untuk mendapatkan momentum, kawalan bola yang hebat, teknikal tinggi dan sangat lincah. Dari segi kelemahan, analisis tersebut menyatakan bahawa pemain ini seorang yang agak tamak ketika menggelecek yang membuatkan dia selalu gagal mengambil keputusan segera.”
Johan Bakayoko 🪄 pic.twitter.com/8DlOvgbGqY
— ESPN NL (@ESPNnl) August 4, 2024
Tetapi dengan usianya yang masih muda, dia masih ada banyak ruang untuk belajar.