John Cena Sindir Kesetiaan Penggusti WWE Yang Sertai AEW: “Saya Tak Akan Sesekali Lakukannya!”

Ramai yang teruja melihat bekas penggusti WWE menyertai AEW. Musim ini, lebih ramai nama besar pergi ke AEW selepas kontrak mereka dengan WWE tamat dan tidak disambung.

Antaranya CM Punk, Daniel Bryan, Christian dan Chris Jericho. Sebelum ini memang sudah ada beberapa nama dari WWE ke AEW namun pada musim ini ianya agak luar biasa.

Sikap Vince McMahon antara sebab yang membawa kepada WWE kehilangan tandatangan beberapa bintang mereka.

Namun John Cena tidak begitu gembira dengan fenomena itu.

Dan dengan yakin menyatakan bahawa dia tidak akan sesekali mengikut jejak langkah rakan rakannya itu. Cena mempersoalkan kesetiaan beberapa penggusti tersebut menyertai seteru WWE iaitu AEW.

Kerana ada beberapa penggusti masih lagi diperlukan WWE tetapi gagal memeterai kontrak baru dan berpindah ke AEW. John Cena memberikan ikrar setianya hanya untuk WWE.

“Ini semua macam falsafah, jangan sesekali kata tidak / never say never, dan saya pun mengamalkan falsafah itu dalam hidup. Kerana kamu tak tahu ke mana sesuatu itu akan membawa hidup kami.”

“Tapi untuk yang ini [menyertai AEW] saya dengan mutlak berkata tidak.”

Ramai ke AEW

Baru beberapa minggu lalu AEW mengejutkan dunia gusti profesional dengan kejayaan mereka membawa CM Punk, kini mereka membuat kejutan yang lebih besar untuk para peminat.

Selepas tamat aksi kejayaan Kenny Omega mempertahankan kejuaraan AEW World Championship miliknya menewaskan Christian Cage, AEW mengejutkan peminat dengan memperkenalkan dua penggusti baharu mereka.

Ya, bukan seorang, tapi dua orang sekali gus dan kedua-dua mereka merupakan nama besar dalam dunia gusti profesional.

Daniel Bryan yang kini dikenali sebagai Bryan Danielson dan Adam Cole telah membuat kemunculan di AEW dan muncul di atas gelanggang bersama Kenny Omega sebelum penutup acara All Out.

Sama seperti ketika CM Punk melakukan debutnya, para peminat sepertinya sudah boleh menghidu hal ini akan berlaku.

Bryan Danielson sudah dijangka akan membuat kemunculan di acara All Out, dengan beliau turut memberi bayangan yang Adam Cole juga akan mengikuti jejak langkahnya ketika bercakap di salah sebuah siaran radio sebelum ini.

Walau bagaimanapun, reaksi para peminat tetap menunjukkan yang mereka sangat teruja melihat debut dari dua penggusti terhebat dunia itu walau mereka sebenarnya sudah menjangkakan hal tersebut.

Peminat juga sepertinya sudah boleh menghidu yang mana-mana penggusti selepas dibebaskan oleh WWE, mereka tentunya akan disapu oleh AEW.

Namun kini kita bercakap tentang legenda NXT dan salah seorang penggusti legenda di WWE, kedua-dua mereka meninggalkan syarikat dan menyertai seteru syarikat pada malam yang sama.

Selain Adam Cole dan Daniel Bryan, seorang lagi penggusti utama WWE, Ruby Riot turut membuat kemunculan di AEW di PPV All Out ini.

Selain perlawanan-perlawanan yang luar biasa menakjubkan, debut dari tiga bekas penggusti utama WWE ini juga antara penyeri yang menjadikan acara All Out sebagai antara pay-per-view paling dasyat di dekad ini.

Mungkin sebelum ini ramai yang akan fikir AEW tidak mungkin boleh bertahan lama dengan mereka kini memiliki terlalu ramai penggusti utama.

Namun Tony Khan membuktikan yang beliau masih berminat untuk menambah penggusti dalam syarikat miliknya dengan terus mengutip penggusti yang dibuang oleh WWE.

Bukan kecil-kecil nama yang AEW dapatkan, mereka mendapatkan nama-nama besar dalam dunia gusti profesional dan ia jelas menarik peminat gusti seluruh dunia.

Tidak dinafikan double debut di main event yang berlaku di All Out kali ini sememangnya antara detik paling menakjubkan dalam dunia gusti profesional.

Agak mustahil untuk Vince McMahon dan Triple H tidak merasa goyang dan tergugat melihat perkembangan AEW pada hari ini.

Untuk menutup cerita tentang debut CM Punk, WWE telah mengatur kemunculan semula Brock Lesnar di acara SummerSlam sebelum ini.

Namun bagaimana pula cara untuk mereka menutup cerita tentang debut Adam Cole dan Daniel Bryan?

Ya, dulu jelas sekali AEW tidak henti-henti menyebut tentang WWE dalam promo mereka dan hal itu jelas tidak disenangi oleh para peminat.

Namun kini sepertinya mereka sudah tidak perlu menggunakan nama WWE lagi dengan AEW sudah ada barisan penggusti terhebat dunia untuk membantu mereka menjadi syarikat gusti terhebat dunia pada ketika ini.

Pihak kreatif AEW boleh mencetuskan pelbagai idea menarik menggunakan kesemua penggusti yang mereka ada ketika ini, dan ia tentu menghasilkan jalan cerita dan persembahan yang menakjubkan.

Selain teruja melihat debut dari tiga bekas penggusti utama WWE, para peminat tentunya turut tidak sabar untuk melihat apa perancangan Vince untuk terus buktikan mereka masih syarikat gusti nombor satu di dunia.

Sumber: Bleacher Report

Baca yang lain