Johnny Deep Mahu Saman The Sun, Namun Hakim ‘Back-Up’ Artikel The Sun Berasas

Johnny Depp dalam proses untuk rayuan bagi kes saman ke atas akhbar The Sun.

Sebelum ini Depp tewas dalam usahanya mahu menyaman akhbar tabloid tersebut yang dikenali dengan banyak kontroversi.

Mahkamah Tinggi AS mengumumkan tentang perkara itu pada November. Di mana Depp mahu mengambil tindakan ke atas penerbih The Sun – News Group Newspapers (NGN), berkaitan artikel mereka pada 2018 bertajuk: ‘Gone Potty: How can JK Rowling be ‘genuinely happy’ casting wife beater Johnny Depp in the new Fantastic Beasts film?’

Depp berkali kali menafikan tuduhan dia membelasah isterinya. Namun  Justice Nicol, hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa artikel yang diterbitkan The Sun itu sebagai berasas dan tepat.

Pada 25 November lalu, mahkamah mengesahkan bahawa Johnny Depp mahu membuat rayuan semula kes tersebut. Namun ianya ditolak mahkamah.

Nicol berkata: “Saya tak perlu pertimbangkannya kerana rayuan tersebut tidak ada sebab munasabah bahawa ia ada prospek untuk berjaya.”

Hakim mengarahkan Depp membayar hampir £630,000 / RM3.49 juta kepada NGN untuk membayar biaya guaman mereka.

Nicol memberikan Depp tarikh sehingga 7 Disember untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. The Guardia melaporkan Deep sudah mengemukakannya namun masih dalam senarai menunggu.

Depp sebelum ini menuduh bahawa tuduhan liar The Sun telah membuat kerosakan kepada reputasinya.

Dan selepas kes itu diumumkan, dan Depp didapati bersalah, dia kehilangan tempat dalam peranan sebagai Grindewald dalam siri Harry Potter spin-off iaitu Fantastic Beasts.

Peguam Johnny Depp, Jenny Afia sangat kecewa dengan keputusan mahkamah.

Depp diarahkan meninggalkan Pirates of The Carribean dan Fantastic Beasts

Pelakon Johnny Depp nampaknya bakal meninggalkan salah satu filem ikonik yang membuat namanya naik iaitu ‘Pirates of the Caribbean’.

Penulis skrip, Stuart Beattie seolah-olah mengesahkan ketiadaan pelakon yang memainkan Jack Sparrow untuk siri keenam filem fiksyen pengembaraan lanun ini.

Walaupun tidak dinyatakan secara rasmi, namun Beattie menunjukkan isyarat bahawa perkara itu akan berlaku.

Ianya selepas beliau diminta memberikan respons mengenai peranan Depp yang mungkin berakhir sebagai lanun gila gila yang ikonik filem yang ditulisnya sebelum ini.

Beattie sedar bahawa watak Jack Sparrow telah melekat dan sinonim hanya dengan Johnny Depp.

Malah Beattie yakin Johnny Depp sendiri sangat menyayangi watak itu berbanding dengan wataknya yang lain di dalam layar perak.

“Saya rasa dia mempunyai perjalanan yang hebat. Jelas, dia telah menjadikan watak itu dan menjadi watak yang menjadikannya paling terkenal sekarang,” katanya.

“Saya rasa Jack Sparrow akan menjadi legasinya. Itu (Jack Sparrow) adalah satu-satunya watak yang dimainkannya sebanyak lima kali.”

“Ini watak yang dia pakai ketika melawat kanak-kanak di hospital. Watak itu akan menjadi sesuatu yang selalu dia ingat.,” tambah beliau.

Ketika mengimbas kembali filem tersebut pada masa lalu, penulis skrip filem ‘G.I Joe’ ini tidak pernah menyangka bahawa filemnya akan menjadi hit di kalangan pencinta filem Disney.

Beliau malah menganggap tindakan mereka mengambil Depp sebagai satu langkah gila yang sangat berani.

“Sebelum Jack Sparrow, Depp dianggap sebagai pelakon bebas yang aneh yang membuat filem Tim Burton menjadi hebat.”

“Tetapi dia sama sekali bukan bintang filem biasa anda dan banyak orang menganggap kami gila kerana memilihnya sebagai pemegang watak itu,” ingat Beattie.

Beattie menganggap filem tersebut adalah satu keajaiban dan salah seorang nama penting dalam menjadikannya realiti adalah Depp.

“Hakikatnya, ianya adalah keajaiban. Kita semua tegang menonton rakaman setiap hari, tetapi apabila semuanya disatukan, semuanya lancar dan itu ajaib dan berhubung baik dengan penonton,” lanjutnya.

Namun belum ada pengesahan mengapa Depp disisihkan daripada peranan legenda selama 15 tahun. Express UK menyatakan Johnny Depp sudah mengadakan pertemuan tertutup dengan pihak Disney sebaik sahaja dia mengadakan perbincangan serupa dengan pihak penerbit Fantastic Beast.

Di mana selepas pertemuan itu, Johnny Depp mengumumkan beliau telah disingkirkan daripada Fantastic Beasts.

Ia telah mengundang pelbagai reaksi peminat selepas Depp mengakui kes mahkamahnya menjadi antara sebab kepada perkara itu.

Dan Depp mempertahankan dirinya dengan menyatakan dia difitnah melakukan keganasan ke atas Amber Heard.

Sumber yang sama menyatakan Disney juga mengambil langkah yang serupa ke atas Depp. Itu bermakna, Johnny Depp tidak akan terlibat lagi dalam watak Jack Sparrow.

Siri terakhir ‘Pirates of Caribbean’ yang berjudul ‘Dead Men Tell No Tales’ kurang berjaya di pasaran dan dianggap sebagai filem paling gagal daripada 5 sirinya.

Dalam perkembangan lain penulis skrip filem anti-adiwira ‘Deadpool’, Rhett Reese dan Paul Wernick akan mengambil alih dalam pengolahan jalan cerita filem ini.

 

Baca yang lain