Johnny Depp Disingkirkan Daripada Fantastic Beast

Johnny Depp telah mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan francais Harry Potter, Fantastic Beast, setelah dilanda beberapa kontroversi yang berkaitan dengan pelbagai masalah undang-undang yang dialaminya.

Dalam satu kenyataan di media sosial, Depp mengakui bahawa dia diminta untuk pergi dan tidak lagi memainkan watak Grindelwald yang pernah dimainkannya dalam Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald.

“Mengenai kejadian baru-baru ini, saya ingin membuat pernyataan ringkas. Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada siapa saja yang memberikan sokongan dan kesetiaan kepada saya,” kata Depp dalam satu kenyataan di akaun sosialnya.

“Saya sangat tersentuh dan rendah hati dengan banyak mesej sayang dan keprihatinan anda, terutamanya dalam beberapa hari terakhir ini,” tambah beliau lagi.

“Kedua, saya ingin anda tahu bahawa saya telah diminta untuk mengundurkan diri oleh Warner Bros. dari peranan saya sebagai Grindelwald di Fantastic Beasts.”

“Dan saya menghormatinya dan setuju dengan permintaan itu,” kata Depp.

Depp kemudian mengatakan perkara terakhir, bahawa dia akan terus berjuang untuk mengatakan perkarasebenarnya mengenai perselisihannya dengan bekas isterinya, Amber Heard.

“Tekad saya tetap kuat dan saya berhasrat untuk membuktikan bahawa tuduhan terhadap saya itu adalah salah.”

“Kehidupan dan karier saya tidak akan ditentukan dalam keadaan semasa,” kata Depp.

Deadline sendiri melaporkan bahawa saga Fantastic Beasts ketiga sebenarnya berada di peringkat produksi. Dengan keputusan ini, watak Grindelwald kini kosong dan mencari pelakon baharu untuk memainkannya.

Johnny Depp pertama kali terlibat dalam francais Fantastic Beasts melalui peranan Grindelwald dalam saga kedua siri yang dikeluarkan pada tahun 2018.

Ramai peminat simpati dengan nasib Depp kerana menurut mereka Depp sebenarnya menjadi mangsa kekejaman dan keganasan Amber Heart.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai