Johnny Depp Menang Kes Saman Fitnah $15 Juta, Amber Heard Tak Puas Hati

Pelakon terkenal Amerika Syarikat Johnny Depp berkata dia mengalu-alukan keputusan dalam kes tuduhan keganasan rumah tangga yang dipertikaikan antara dia dan bekas isterinya Amber Heard.

“Juri memberi saya nyawa saya kembali sekali lagi,” kata Depp dalam satu kenyataan selepas juri memberikannya ganti rugi $15 juta dan hanya $2 juta untuk Amber Heard.

“Sejak awal lagi, tujuan membawa kes ini adalah untuk membongkar kebenaran, tanpa mengira keputusannya,” katanya.

Depp menambah dia merasakan bahawa dia perlu tampil memberitahun dunia tentang kebenaran demi anak dan peminatnya.

“Bercakap benar adalah hutang yang saya terhutang kepada anak-anak saya dan kepada semua orang yang tetap teguh menyokong saya. Saya berasa tenang mengetahui saya akhirnya saya berjaya melangsaikannya.”

Sebelumnya, juri AS pada Rabu 1 Jun 2022, menilai Johnny Depp dan bekas isterinya Amber Heard sama-sama bertanggungjawab atas fitnah di antara mereka.

Pertimbangan ini disampaikan oleh juri selepas perbicaraan kes dakwaan keganasan rumah tangga.

Tujuh juri di Virginia menganugerahkan Depp $15 juta sebagai ganti rugi selepas mendapati artikel 2018 yang ditulis oleh Heard mengenai “serangan seksualnya” telah memfitnah Depp.

Sebaliknya, juri juga mendapati bahawa Heard telah difitnah oleh kenyataan yang dibuat oleh peguam Depp, Adam Waldman, yang memberitahu Daily Mail bahawa tuntutan gangguannya adalah “penipuan”, dan memberikan ganti rugi $2 juta kepada Heard.

Konflik antara Johnny Depp dan Amber Heard bermula apabila artikel tulisan Amber Heard tentang keganasan rumah tangga diterbitkan dalam Washington Post.

Walaupun tidak menyebut nama Johnny secara jelas, tulisan Amber pada masa itu diandaikan merujuk kepada bintang “Fantastic Beast” tersebut.

Perbicaraan kali ini telah dimulakan sejak 11 April. Depp menyaman Amber Heard sebanyak AS$50 juta kerana dianggap telah mencemarkan namanya dan menyebabkan dia ditendang keluar daripada banyak projek, termasuk Pirates of the Caribbean.

Depp sendiri mendaftarkan tuntutan itu pada 2019 dan sepatutnya memulakan perbicaraan pada 2020. Bagaimanapun, disebabkan wabak yang melanda, ia ditangguhkan sehingga akhirnya bermula pada 11 April 2022.

Amber Heard ternyata kecewa dengan keputusan juri. Heard meneruskan kemarahannya. “Saya sedih kerana kalah kes ini. Tetapi saya lebih sedih kerana saya nampaknya telah kehilangan hak yang saya fikir saya ada sebagai orang Amerika – untuk bercakap secara bebas dan terbuka.”

Amber dan Johnny secara rasmi bercerai pada 2017, tetapi beberapa fakta mengejutkan muncul dalam perbicaraan, termasuk fakta bahawa Amber Heard telah memanipulasi Johnny Depp serta menderanya secara fizikal.

Setakat ini, pendapat umum lebih menyokong Depp, terutama selepas bekas teman wanitanya mempertahankan bintang Pirates the Caribbean itu.

“Saya terharu dengan curahan kasih sayang dan sokongan dan kebaikan yang luar biasa dari seluruh dunia,” kata Johnny Depp yang hampir kehilangan kata-kata terutama sekali melihat sokongan daripada bekas teman wanitanya.

“Saya berharap usaha saya untuk bercakap benar akan membantu orang lain, lelaki atau wanita yang mengalami kes yang sama, dan menyokong mereka untuk tidak berputus asa. Saya juga berharap kedudukan sekarang akan kembali tidak bersalah baik di mahkamah mahupun di hadapan media. .”

Selepas pembacaan keputusan itu, orang ramai bersorak kegembiraan apabila mengetahui keputusan juri yang memihak kepada Johnny Depp.

Kekalahan Amber Heard dalam kes ini pastinya akan memberikan impak yang besar kepada kariernya selepas ini. Dia yang baru menikmati kegemilangannya beberapa tahun lalu menerusi projek seperti Aquaman bakal kehilangan beberapa siri projek bernilai jutaan dolar.

Baca yang lain