Joker Rasminya Filem Adaptasi Komik Paling Menguntungkan

Joker secara rasminya menjadi filem adaptasi dari komik yang paling menguntungkan dalam sejarah ketamadunan manusia.

Setakat ini, Joker telah mengutip lebih daripada  $950 juta di box office seluruh dunia. Ianya kira-kira hampir RM4 billion. Fuh, dah boleh buat projek highway dah ni.

Filem ini ramai yang dah tengok kan. Ianya berdasarkan kisah seorang badut bernamaArthur Fleck yang dimainkan oleh Joaquin Phoenix.

Selepas apa yang dilalui dalam hidupnya, Arthur Fleck menjadi orang jahat. Joker merupakan nemesis kepada Batman dalam siri komik.

Pedulikan itu semua, kerana kita lebih percaya kepada minah di bawah ni.

Berdasarkan laporan Forbes, keuntungan Joker itu merupakan 15 kali ganda daripada kos filem tersebut.

Itu yang menjadikan angka keuntungan Joker adalah paling tinggi berdasarkan margin keuntungan.

Pengarah filem Joker, Todd Phillips sebelum ini mendedahkan budget untuk filem ini sekitar  $62.5 juta ataupun sekitar RM259 juta.

Sebelum ini Avengers: Endgame, merupakan filem adaptasi komik yang paling laris dengan sekitar $2.8 billion. Tetapi kos filem tersebut adalah sangat tinggi iaitu menelan belanj sekitar $356 juta.

Endgame lebih tinggi kutipan secara angka. Namun Joker lebih tinggi keuntungannya. Nampak tak permainan dia?

Jadi, kepada korang yang tak tengok lagi, berkesempatan nak berbuat demikian untuk menambahkan lagi angka itu. Kerana Joker masih ditayangkan di banyak pawagam di seluruh Malaysia.

Kalau korang tak ada masa dengan ini semua, layan trailer pun boleh.

Sumber: BBC