Curtis Jones menjaringkan salah satu gol Liverpool dalam kemenangan ke atas Sheffield dalam aksi awal pagi tadi. Dan pemain muda itu menegaskan bahawa beliau menujukan gol itu kepada rakan sepasukannya, Alisson dan keluarga.
Alisson sedang berduka dan terpaksa disisihkan untuk memberikan ruang kepadanya merehatkan mindanya.
Ayah Alisson disahkan meninggal dunia beberapa hari lalu kerana lemas di tasik. Dan lebih menyedihkan, Alisson tidak dapat pulang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang ayahnya.
Jones berkata: “Saya rasa, kami semua satu pasukan sedang dalam detik sukar. Namun saya gembira dapat mencetak gol. Saya nak mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa sebenarnya gol ini adalah untuk ayah Ali.”
“Semoga mendiang bersemadi dengan aman, dan jika Ali ada menonton sekarang, ini untuk kamu bro.”
"I’d like to take this time to say that this goal is for Ali’s dad, actually. May he rest in peace and if Ali sees this, this is for you, bro." @curtisjr_10 ❤️
— Liverpool FC (@LFC) February 28, 2021
“Dia insan yang kuat. Dia sebahagian daripada pasukan ini, tentunya. Dia tidak berada di sini, dan kami merinduinya. Dan sudah tentu saya nak menujukan gol ini kepadanya dan ayahnya dan seluruh keluarganya.”
Alisson mengucapkan terima kasih kepada Curtis Jones di atas dedikasi tersebut.
Love you brother ❤️🙏🏼
— Alisson Becker (@Alissonbecker) February 28, 2021
Jones menjaringkan gol pada minit ke-48 dengan melakukan rembatan deras dari dalam kotak penalti selepas separuh masa pertama yang mengecewakan.
Gol kedua Liverpool adalah daripada gol sendiri pertahanan Sheffield, Kean Bryan yang tertampan bola rembatan Firmino.
Jones menambat: “Paling penting, ianya persembahan berpasukan yang sangat bagus dan saya gembira kita dapat bawa pulang 3 mata dan kembali menang.”
“Kita bermain bagus dalam perlawanan sebelum ini, namun gagal menjaringkan banyak gol seperti yang kita mahukan. Namun hari ini contoh bagaimana kami bersatu. Saya gembira dapat skor, dan saya gembira untuk Bobby serta untuk pasukan ini.”