Jony: Simone Inzaghi Adalah Lagenda Kelab

Pemain sayap Lazio, Jony berkata Simone Inzaghi adalah lagenda kelab dan disayangi oleh ramai orang.

Dalam pada masa yang sama juga beliau berharap rakan sepasukannya, Ciro Immobile akan menjadi penjaring terbanyak Serie A.

Inzaghi menggantikan Marcelo Bielsa pada musim 2016/17

Pemain berusia 28 tahun ini menyertai Biancocelesti dari Sepanyol, kini sudah menyesuaikan diri di Itali.

Jony mempunyai musim yang baik di Alaves tetapi memilih untuk mencari cabaran baru. Keputusannya menjadi betul apabila Lazio kini bersaing untuk merebut Scudetto.

Menurutnya di Itali pasukan bermain dengan lebih taktikal dan banyak melakukan larian. Melalui sistem 3-5-2 pemain sayap perlu melakukan lebih banyak larian. Sistem ini banyak digunakan di Itali berbanding Sepanyol, England dan Perancis.

Jony juga berkata corak permainan itu memberikannya pengalaman baru. Perlu lebih bertanggungjawab menjaga ruang di belakang dalam masa yang sama perlu membantu serangan.

Jony, Patrick dan Luis Alberto merupakan pemain Sepanyol yang berada dalam skuad Lazio. Kedua-dua pemain tersebut banyak membantunya menyesuaiankan diri di Itali.

Apabila saya tiba (disini) perkara pertama yang diminta oleh penyokong adalah memenangi perlawanan derby menentang Roma.

Luis dan Patric telah membantu saya.

Luis adalah kawan yang hebat, kualitinya di padang adalah perkara biasa.

Lulic yang juga merupakan kapten pasukan Lazio memerlukan rehat 3 minggu selepas menjalani pembedahan pergelangan kaki

Kecederaan kapten Senad Lulic yang baru melakukan pembedahan pergelangan kaki akan memberi peluang kepada Jony lebih kerap bermain.

Lulic dijangka memerlukan rehat 3 minggu sebelum boleh dipertimbangkan kembali ke padang latihan.

Inzaghi telah memacu Lazio dengan cemerlang pada musim ini, bersaing dengan Juventus dan Inter di 3 tangga teratas Serie A. Lazio kini hanya 1 mata dibelakang 2 pasukan tersebut.

Inzaghi adalah lagenda kelab. Disanyangi oleh semua orang dan dikagumi oleh pemain kerana idea-ideanya ketika dalam latihan.

Beliau seorang yang bekerja keras dan mempunyai keghairahan yang tinggi.”

Inzaghi hampir menyamai rekod yang dilakukan oleh Sven Goran Eriksson yang merekod 10 kemenangan berturut-turut ketika bergelar jurulatih Lazio. Tetapi skuad Inzaghi tewas kepada Napoli (0-1) dalam perlawanan suku akhir Copa Italia.

Bagaimanapun Inzaghi cukup cemerlang apabila Lazio tidak kalah dalam 16 perlawanan terakhir Serie A. Kali terakhir mereka tewas ketika menentang Inter Milan (0-1) pada 26 September 2019.

Eriksson juga berkata Lazio mempunyai segala-galanya untuk menang namun memilih Juventus sebagai calon pasukan yang akan memenangi Scudetto pada musim ini.

Kepala saya berkata Juventus akan memenangi Serie A. Hati saya berkata Lazio

Eriksson memenangi 7 trofi ketika bergelar pengurus Lazio

Bersama Lazio, Eriksson telah memenangi 1 kejuaraan Serie A pada musim 2009/10, 2 kali Copa Italia, 2 kali Supercoppa Italiana, 1 kali Cup Winner’s Cup dan 1 kali European Super Cup.

Di sudut lain, Immobile kembali menemui sentuhannya pada musim ini selepas berjaya meledak 25 dari 23 penampilannya di Serie A.

Pada musim lepas penyerang ini hanya menjaringkan 15 gol dari 32 penampilan dalam pertandingan yang sama.

Dalam carta penjaring gol, Immobile di depan Cristiano Ronaldo (Juventus) dengan kelebihan 5 gol. Ronaldo memerlukan 20 perlawanan bagi mencatat 20 jaringan.

Baca yang lain