Jordi Alba menganggap kekalahan Barcelona 4-0 di tangan Liverpool di Anfield sebagai paling teruk dalam kariernya. Dan lebih teruk daripada kekalahan 2-8 di tangan Bayern Munich.
Ini kerana berbeza dengan kekalahan di tangan Bayern, ketika berkunjung ke Anfoeld mereka sudah memilki kelebihan pada gengaman mereka.
Barcelona membawa agregat 3-0 dari Nou Camp ke Anfield. Entah macamana mereka boleh kalah 4-0 di Anfield dan tersingkir.
“Malam di Anfield, bagi saya itu adalah malah yang ngeri, lebih teruk daripada kekalahan 2-8. Saya bermain dengan teruk sekali pada ketika itu.
“Gambar yang kamu tengok itu, adalah saya tidak begitu cergas. Ada beberapa ketika pada separuh masa pertama saya berasa sakit.
“Hakikatnya sangat teruk. Keputusan yang dicatatkan adalah malapetaka. Prestasi saya tidak bagus. Namun benda dah jadi.
“Saya sentiasa berkata, kamu harus melakukan yang terbaik dan kadangkala sesuatu itu tidak seperti yang kamu mahukan.
“Saya rasa sangat sedih kerana perlawanan itu berada di genggaman tangan kami. Walaupun kami ada banyak peluang, namun keputusannya sudah begitu.
“Ianya malam paling sukar dalam hidup saya. Saya rasa sangat teruk, saya tidak menyembunyikannya.”
Alba menjelaskan bahawa, kebanyakan gol Liverpool hari itu berpunca daripada kesilapan pemain Barcelona sendiri berbanding dengan dicetuskan oleh Liverpool.
Misalnya gol pertama Liverpool berpunca daripada kesilapan Jordi Alba. Dia gagal melakukan hantaran tepat dan Liverpool menghukum mereka.
Jordi Alba menambah: “Gol pertama [Liverpool] datang daripada kesilapan yang saya buat ketika melakukan hantaran, walaupun saya mahu melakukan hantaran yang tepat.
“Perkara perkara seperti ini banyak berlaku dalam bola sepak. Namun dalam kebanyakan situasi, mereka [Lveripool] bukanlah yang mencetuskan gol gol mereka [tetapi kesilapan kami].
“Saya tidak suka menyalahkan seorang dua pemain, sebaliknya semua orang bertanggungjawab.
“Cuma malam itu memang bukan malam terbaik untuk saya. Saya berkata jujur, ianya adalah detik paling sukar dalam karier saya.”
Jordi Alba sudah boleh digelar legenda Barcelona. Dia dianggap antara fullback moden terbaik pada eranya sama ada dalam peringkat kelab atau peringkat antarabangsa.