Jordi Amat baru sahaja tiba di Indonesia untuk tujuan proses naturalisasi dalam beberapa minggu lalu. Dan dia tak terlepas daripada khabar angin tentang masa depannya, tentang di mana dia akan bermain selepas kontraknya tamat dengan kelab Belgium, KAS Eupen berakhir Jun ini.
Dan antara kelab yang digembar-gemburkan mahu mendapatkan khidmatnya adalah kelab Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Jordi Amat telah mengesahkan sendiri perkara itu. Di mana dia berkata kelab elit Malaysia tersebut berminat mendapatkannya. Tetapi dia menambah JDT bukan satu-satunya.
Agak menarik kerana menurut laporan Suara.com di Indonesia, Jordi Amat sebelum ini pernah menafikan rumors tersebut. Tetapi kini dia mengakui bahawa JDT berminat mendapatkannya/
Beberapa kelab dari Sepanyol dan Jepun juga berminat dengan bekas pemain Swansea City, Real Betis dan Rayo Vallecano tersebut.
Jordi Amat enggan terburu buru untuk membuat pilihan pada ketika ini. Dia mahu fokus kepada keutamannya iaitu proses naturalisasi.
Selain itu dia juga mahu meneliti sebaiknya setiap tawaran yang tiba kepadanya.
Jordi Amat berkata: “Ya, JDT adalah salah satu pilihan. Namun, ada beberapa lagi kelab dari Jepun dan Sepanyol. ”
“Jadi kita lihat. Saya akan putuskan mungkin minggu depan atau bulan depan,” kata Amat kepada pemberita Indonesia pada Selasa.
JORDI AMAT mengatakan bahwa JDT menjadi salah satu opsi untuk klub barunya, ia juga mendapat tawaran dari Jepang dan Spanyol.https://t.co/NfSu6CRAPy
— Update Score Bola (@UpdateBolabola) June 1, 2022
Sementara itu, JDT turut mengesahkan akan menambah pemain pada pertengahan musim ini. Di mana JDT mengumumkan bahawa akan membawa masuk empat pemain baharu.
Jadi boleh dikatakan, daripada kenyataan Jordi Amat, pemain itu merupakan antara pemain yang berpotensi memperkuatkan Harimau Selatan.
Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim berkata:
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim akan menandatangani empat pemain baharu untuk menambah kekuatan skuad pada jendela perpindahan pertengahan musim. Dua pemain luar negara dan dua pemain tempatan akan menyertai skuad dalam masa terdekat.”
JDT masih bersaing dalam aksi ACL pada musim ini. Jadi mereka merasakan itu adalah keperluan untuk kelab memperkuatkan lagi pasukan mereka.
Jordi Amat mungkin akan tertarik dengan prospek tersebut? Siapa tahu.
Dalam pada itu, Jordi Amat dikatakan masih dalam proses untuk menyelesaikan urusan naturalisasinya. Dia berharap perkara itu selesai segera untuk membolehkannya terus beraksi bersama Garuda.