Jorge Mendes Tak Pasti, Jika Kedua Dua Tak Nak Mengalah, Deal Bruno Akan Mati

Ejen Jorge Mendes menyatakan tiada jaminan untuk deal Bruno Fernandes ke Manchester United dapat dimeterai pada bulan ini.

Ia sekaligus memberikan gambaran bahawa perbincangan di antara Manchester United dan Sporting Lisbon masih berjalan.

Sporting kini cuba memberitahu Bruno Fernandes kenapa mereka tak boleh menjual pemain itu ke Man United. Ini kerana tanda harga yang mereka letakkan tidak mahu dituruti oleh Man United.

Isu harga dan bonus

Sporting meminta sekurang kurangnya £70 juta dengan bayaran asas sebanyak £55 juta diikuti bonus sekitar £15 juta.

Namun Man United hanya menawarkan £34 juta ditambah dengan bonus mencecah £25 juta. Bonus itu menyatakan Bruno harus menang Ballon d’Or dan UCL untuk membolehkan Sporting Lisbon mendapat bonus penuh.

Sebelum ini Bruno dilaporkan sudah setuju dengan terma peribadi ditawarkan oleh Manchester United.

Bruno ditawarkan kontrak dengan gaji £130,000 seminggu di Old Trafford.

Kini tinggal dua kelab iaitu Sporting dan Man United untuk mencari kesepakatan pada harga.

Daily Mail melaporkan Sporting tidak gembira dengan bonus tambahan yang ditawarkan oleh United.

Ini kerana United memasukkan klausa yang sukar dicapai.

BBC melaporkan Man United menawarkan £42 juta bayaran asas dan ditambah dengan £13 juta lagi bonus. Perjanjian ini dilaporkan boleh mencecah £68 juta.

Namun begitu, Sporting mahukan bayaran pokok £55 juta dan kemudian bonus dalam £15 juta.

Duncan Castles juga menyatakn perkara yang sama. Sporting kurang berkenan terutama sekali bahagian bonus yang dianggap sukar dicapai. Orang nak bonus yang lebih realistik.

Pengurus Sporting, Silas berkata kepada A Bola: “Pemain mana yang tak nak pergi ke EPL? Ianya keputusan yang sukar untuk kamu katakan tidak. Bruno [Fernandes] berhak untuk bermain di liga terbaik.”

“Bruno salah seorang pemain terbaik di dunia ketika ini, dan beliau harus berada di sana.”

Bruno dilaporkan sudah memberitahu ejen dan juga pengurusan Sporting bahawa beliau mahu ke Manchester United.

Ini selepas kegagalan beliau berbuat demikian pada perpindahan yang lalu.

Seorang pemerhati bola sepak menyatakan: Ed Woodward mengambil masa yang sangat lama untuk menyelesaikan satu urusan perpindahan.

Namun jika ini adalah berkaitan dengan penaja, ianya akan diselesaikan dalam masa satu malam.

Ole perlukan Bruno

Ole Gunnar Solskjaer menganggap perpindahan ini adalah satu keperluan kerana Man united berhadapan dengan krisis kecederaan di tengah.

Dan pada masa yang sama, Bruno Fernandes dilihat mampu memperbaiki struktur Man United di tengah dengan keupayaan beliau menghubungkan bahagian belakang dan hadapan.

Bruno juga seorang pemain yang boleh menjaringkan gol sebagai pemain tengah.

Komen mendes

Jorge Mendes memberikan komen beliau tentang situasi itu. Beliau menegaskan Sporting juga ada berbincang dengan pasukan lain untuk isu Bruno Fernandes.

“Saya tak tahu (tentang potensi Bruno akan ke Mana United Januari ini).”

“Jika dia tak keluar pada Januari ini, sudah pasti dia akan meninggalkan kelab ini pada musim panas, kerana Sporting sudah bercakap dengan beberapa kelab lain.”

“Akan ada benda yang berlaku (Bruno pindah). Namun saya tak tahu sama ada sekarang ataupun akhir musim ini.”

Simon Stones menegaskan perpindahan ini hanya akan berlaku jika Sporting dan Man United mengalah sedikit dalam ‘demand’ mereka.

Apa yang pasti saga perpindahan ini memang rumit.

Baca yang lain