Jorginho Hop Buat Sepanyol Menangis, Kenali Teknik Penalti Genius Ciptaan Jojo

Jorginho ada satu kepakaran penalti dengan teknik yang digelar Jorginho Hop. Dan ianya teknik yang membuatkan Jorginho menjadi penjaring terbanyak di EPL untuk Chelsea musim 2019/20 dengan 7 penalti dijaringkan.

Dalam aksi di antara Sepanyol dan Itali, kedua dua pasukan terikat 1-1. Itali terlebih dahulu di hadapan menerusi Federico Chiesa.

Pemain gantian, Alvaro Morata menyamakan kedudukan dengan satu gol yang serba serbi sempurna, daripada binaan, hantaran, sentuhan pertama, fake body feint dan lencongan kemas.

Perlawanan berlanjutan ke masa ekstra. Dan tidak ada gol terhasil selepas 30 minit masa ekstra.

Tiba ke penentuan penalti, Itali terlebih dahulu gagal menyempurnakan penalti dengan percubaan Locatelli diselamatkan oleh Unai Simon.

Namun Dani Olmo turut gagal menyempurnakan penaltinya yang dirembat ke bumbung stadium. Sayang sekali sebab Olmo pemain paling cemerlang dalam perlawanan ini.

Morata kemudian turut gagal menyempurnakan penaltinya. Dan inilah peluang Jojo menggunakan kepakarannya.

Kepakaran utama Jojo

Jorginho merupakan pengambil penalti utama di Chelsea. Walaupun musim ini dia ada 2 penalti gagal. Namun tempatnya sebagai taker no.1 tak tergugat.

Frank Lampard antara pengurus yang tegas dengan pendirian menyatakan bahawa Jorginho adalah pelaksana penalti utama mereka.

Lalu, Jorginho melakukan Jorginho hop. Satu teknik penalti yang dilakukan dengan melompat sedikit sebelum merembat masuk.

Apa itu teknik Jorginho hop

Semua orang tahu teknik ni memang sinonim dengan Jorginho. Ketika bersama dengan Napoli pada 2017, Jojo mencatatkan 20 gol dan hanya 1 sahaja gagal daripada penalti untuk kelab dan negaranya.

Namun bersama dengan Chelsea beliau pernah gagal menyempurnakan penalti ketika penentuan penalti dalam aksi Piala Liga pada 2019 berdepan dengan City – bola diselamatkan Ederson.

Seterusnya beliau gagal menyempurnakan penalti berdepan Alisson dan ketika aksi bertemu Krasnodar. Namun ketika berdepan Krasnodar, dia sudah membuatkan penjaga gol tertewas, cuma bola terkena tiang.

Namun Lampard berkata: “Kalau korang mengambil penalti sebanyak yang dia sudah ambil, saya atau kamu boleh tergagal melakukan satu atau mungkin 2 kerana kualiti penjaga gol dan tekanan yang dihadapi.”

“Dia ada rekod luar biasa, ianya unik dan dia menyerlah dalam tugasan itu. Saya tak risau langsung dengan keyakinan dia dan dia pun tak patut risau. Saya tak kisah sangat hal hal seperti ini.”

Bekas penjaga gol Aston Villa dan Man United, Mark Bosnich pula yakin dia akan dapat menyelamatkan penalti Jorginho. Sebagai rekod, Bosnich antara penjaga gol dengan ratio menyelamatkan penalti yang tinggi dalam sejarah EPL.

“Ianya ada sedikit evolusi daripada teknik Dwight Yorke. Di mana dia akan berlari dengan tak terlalu laju dan tak terlalu pelahan serta menunggu penjaga gol bereaksi.”

“Lompatan itu kita tengok pada Jorginho dan Bruno Fernandes, sebenarnya boleh membuatkan mereka kurang opsyen terutama sekali ketika penjaga gol tidak bergerak awal.”

“Dengan lompatan itu, saya akan tahu sama ada dia akan melompat atau tak, saya akan menunggu sampai ke detik terakhir. Ketika dia melompat, dan ketika kakinya mendarat, dia akan sukar mengubah kedudukan kakinya.”

“Kamu melihat, jika penjaga gol tak bergerak awal, ianya akan mengurangkan opsyen mereka.”

Jojo menganalisis dan menghuraikan penjaga gol sehingga saat akhir

Teknik Jorginho Hop adalah satu helah untuk menipu penjaga gol sebelum bola ditendang. Antara pemain yang sukakan teknik menelengahkan sepakan seperti ini ialah Mario Balotelli serta Hazard selain Fernandes.

Namun teknik Fernandes sebenarnya agak berbeza. Di mana, Fernandes mengambil lompatan lebih tinggi. Jorginho Hop dilakukan dengan lompatan kecil. Satu lompatan kecil sebelum menendang bola ini adalah kunci kejayaan penalti ini. Pada masa melompat, pelaksana akan melihat pergerakan penjaga gol, sama ada mereka ke kiri atau ke kanan.

Jika penjaga gol lewat memberikan tindak balas sekalipun, Jorginho akan melihat kedudukan ataupun posisi badan penjaga gol. Sama ada mereka akan sukar mencapai sudut kanan atau kiri.

Misalnya, ada penjaga gol dilihat lebih kuat untuk melompat ke kanan berdasarkan keududukan kaki mereka. Ya, walaupun penjag gol tidak terus melompat, ada aspek lain yang akan digunakan Jojo menilai pilihan seterusnya.

Oleh sebab itu mata mereka sentiasa ke arah penjaga gol dan bukannya sudut gol. Ianya memerlukan kepakaran yang tinggi kerana ketika sepakan diambil, mereka hanya menggunakan naluri untuk ‘melihat’ sudut, kerana mata mereka tetap ke arah penjaga gol.

Jadi, Mark Bosnich mungkin harus lebih mendalam mengkaji penalti Jojo ini.

Bekas penjag gol Chelsea Matej Delac telah menganalisis teknik penalti Jorginho dan Eden Hazard yang menurutnya hampir sama tetapi sama sekali tak serupa.

“Sukar untuk menghadapi Hazard. Dia akan melihat penjaga gol dan menunggu mereka untuk bergerak sebelum mengambil langkah terakhir. Ia sama dengan penalti Jorgino (Jorginho Hop), ” kata Delac.

“Ianya memang kerana kualiti sebenar daripada pemain itu senairi kerana tidak semua orang ada ketenangan seperti itu untuk mengambil penalti dengan teknik tersebut. Dia akan menentukan sudut mana dia nak tuju pada saat terakhir. Saya mendapati, sangat sukar nak meneka ke mana dia nak rembat.”

“Gerakan Jorginho itu sendiri unik tetapi itu membuatnya jarang gagal. Itu teknik yang baik tetapi sukar dikuasai.”

Delac merujuk kepada teknik itu memerlukan pemain mengkaji pergerakan penjaga gol terutama sekali kedudukan badan mereka ketika penjaga gol memilih untuk tidak terus bergerak.

“Jika anda tidak bertindak balas, dia (Jorginho) dapat mengarahkan bola ke sudut kanan atau kiri dan anda akan sukar untuk mencarinya kerana jaraknya jauh. Saya sukar mencari kekurangan dalam tekniknya,” kata Delac lagi.

Bekas penjaga gol Watford dan Brentford, Richard Lee menyatakan lompatan kecil itu memang akan membataskan pilihan Jorginho namun kemampuan pemain itu membaca penjaga gol dan fokusnya, serta teknik penalti beliau membuatkan Jorginho sangat sukar dihalang berbanding pemain lain.

Lee berkata: “Saya suka idea teknik ini. Dari sudut seorang pelaksana penalti, cara penalti diambil, di mana kamu boleh melihat bola pada visi periferal, namun kamu juga melihat penjaga gol dan melihat setiap inci pergerakan mereka.”

“Bagi saya, saya akan kata, perkara yang kurang perlu dalam penalti Jorginho adakan lompatan kecil itu. Saya faham dia nak memanipulasi beberapa saat lagi dengan melengahkannya untuk menunggu pergerakan penjaga gol. Namun kalau kamu tengok mata dia, dia akan melihat penjaga gol sehingga ke saat akhir. Dia menghuraikan sesuatu dengannya, saya rasa itu adalah seronok untuk disaksikan.”

Di Man United, Bruno Fernandes menggunakan teknik melompat sebelum mengambil penalti. Namun Fernandes akan melakukan larian dengan menggabungkan slow pace, kemudian fast pace dan kemudian memperlahankannya kembali sebelum melompat – tinggi sedikit dari Jojo – barulah dia merembat.

Lee menyatakan jika pemain mahu melakukan teknik seperti ini, teknik Fernandes adalah lebih baik untuk dipelajari. Kerana teknik Jorginho adalah sukar berbanding Fernandes.

Selain itu dari segi kekuatan bola, pemain boleh merembat lebih deras dengan teknik Fernandes berbanding Jorginho.

Tetapi Lee tetap berpendapat, kedua dua pemain sebenarnya melakukan teknik yang sukar dan memberikan kelebihan kepada penjaga gol. Yang membezakannya dengan pemain lain adalah kepakaran mereka kerana melakukannya setiap hari dan setiap kali.

Fernandes malah menyatakan dia tidak bergantung kepada teknik penalti itu sahaja kerana tahu, ada beberapa ketika dia perlu menukarnya.

BACA JUGA: Sarri Jelaskan Secara Taktikal Kenapa Jojo Layak Memenangi Ballon D’Or Jika Itali Juara Euro 

Bekas pengurus Jorginho di Napoli dan Chelsea, Maurizio Sarri ternyata masih mengagumi anak didiknya itu. Jorginho ataupun Jojo merupakan pemain andalan Sarri sebelum ini.

Dari Napoli sehingga ke Chelsea, malah cuba dibawanya ke Juventus sekali. Cuma Jojo sahaja yang menyatakan dia menolak tawaran itu kerana mahu berbakti kepada Lampard.

Jorginho merupakan deep lying playmaker yang memiliki visi permainan yang bagus. Namun Sarri faham bahawa, ramai yang kurang arif tentang peranan sebenar jejaka itu di atas padang.

Jorginho  membantu Chelsea menjuarai UCL pada musim ini. Dan dalam landasan untuk membantu negaranya memenangi Euro 2020. Jorginho menjadi pemain utama Roberto Mancini dalam skuad Itali yang setakat ini mara ke separuh akhir.

Maka, di mata Sarri, pemain kebangsaan Itali kelahiran brazil itu telah membantu membangunkan sistem dalam pasukan Chelsea dan Itali.

Menurut Sarri, Jorginho pemain genius di atas padang dalam membuatkan segalanya nampak mudah. Seterusnya Sarri mendedahkan bahawa Chelsea dan beliau ketika itu berusaha untuk memastikan Jorginho milik mereka selepas Pep Guardiola juga mahukan pemain itu.

Jojo untuk Ballon d’Or

Sarri telah mengemukakan calon Ballon D’or yang mengejukan ramai. Bukan Messi, bukan Cristiano Ronaldo ataupun Neymar, tetapi Jorginho.

Sarri dengan dblend di tangannya berkata kepada Football Italia: “Jika dia menang Euro 2020, maka dia adalah calon untuk memenangi Ballon d’Or.”

“Dia membuatkan segalanya nampakn mudah, itulah kehebatan Jojo ni. Ketika saya pergi ke Chelsea, kami masa tu berjaya merampas dia daripada menjadi milik Manchester City.

“Pada awalnya, sukar nak memahaminya. Para penyokong dan media mungkin sukar nak faham akan peranan dan fungsi Jojo. Tapi sekarang saya melihat dia semakin dihargai. Dia malah pernah menjadi kapitan pasukan Chelsea.”

Itali akan berhadapan dengan Sepanyol dalam aksi separuh akhir yang dianggap pertemuan buku dan ruas.

Jorginho dijangka akan terlibat sekali lagi dalam satu lagi aksi penting untuk mereka meneruskan rekod tanpa kalah selepas 32 perlawanan. Paling penting adalah untuk mara ke final dan cuba menjuarai Euro 2020 pada kali ini.

Sarri akan memulakan tugasannya bersama dengan Lazio pada musim hadapan selepas berehat semusim sebaik sahaja meninggalkan Juventus.

Sarri dianggap salah seorang tactician yang luar biasa. Malah Pep Guardiola sendiri pernah memuji kebijaksanaan Sarri dalam mencorak dan mengolah taktikal di atas padang.



BACA JUGA: Mendefinisikan Jorginho Secara Taktikal

Pada kali ini aku akan menjelaskan definisi secara ringkas tentang pemain tengah pasukan Chelsea, iaitu Jorginho,
Sebenarnya, ada seorang brader menghantar mesej kepada aku di page ini. Beliau mahu tahu Jorginho adalah pemain yang macam mana.

Posisi asas

Semua orang tahu beliau merupakan pemain yang bermain di bahagian defensive midfielder.

Namun dalam pendefinisian kali ini aku akan meningkat sedikit dalam lah. Tapi tak adalah sampai dalam sangat.

DM jenis apa?

Kalau kau orang melihat pada badannya pun korang dah boleh agak dah dia ni tipikal destroyer.

Ini bermaksud mereka bukanlah permainan fizikal tetapi mematikan serangan lawan dengan pintasan ataupun interception.

Jadi dia ni sama dengan Kante. Cuma Kante lebih keras. Destroyer ala Makalele. Dulu orang sebut sebagai Makalele role.

Stail permainan

Berbeza dengan Kante, beliau merupakan tipikal regista di dalam padang. Ini kualiti yang Kante kurang. Kante lebih kepada Makalele role. Memenangi bola dan melakukan hantaran ringkas kepada kawan.

Jorginho pula, bertindak sebagai deep lying playmaker. Beliau mampu untuk melakukan hantaran jauh secara diagonal ataupun vertikal yabg mampu mencetuskan ancaman secara langsung.

Hantaran ini bukanlah jenis pakai rembat je ke depan untuk mengeluarkan bola segera. Tetapi mereka akan cuba memastikan bahawa semua itu akan mencetuskan ancaman.

Akibat sifat mereka yang agar tidak keras secara fizikal, maka mereka tidak akan berminat terlibat dalam duel fizikal.

Jadi di sini anda akan melihat mereka kerap untuk melakukan hantaran ke belakang apabila melihat atau tekanan datang dari depan.

Kadang-kadang ada pun bosan dengan permainan mereka ini banyak yang kelihatan sangat pasif dan neutral pass.

Tetapi apabila mereka atau melihat ruang mereka mampu untuk melancarkan satu hantaran yang mencetuskan ancaman secara terus.

Biasanya pemain seperti ini jurulatih dan penyokong perlulah bersabar dengan kualiti mereka.

Andrea Pirlo dan Xabi Alonso pun sama dahulu bukan pemain yang boleh dribble dan bergasak.

Rumusan

Itulah definisi kepada Jorginho.

Posisi: DM / 6 / pivot
Baka / breed: Destroyer
Style of play: Regista/deep lying playmaker
Kekuatan utama: Long ball yang mencetuskan ancaman terus
Tambahan: Lebih selesa menjadi lone pivot.

Dalam sistem permainan Chelsea yang ada pada hari ini jelas Frank Lampard tidak merasakan Jorginho sebagai deep lying playmaker sebagai kelemahan tetapi satu kelebihan.

Mereka ni semakin besar ruang diberikan semakin bahaya mereka ni.

Dan pada masa sama kredit juga kepada Maurizio Satria yang telah melatih N’golo Kante untuk memahami peranan no.8.

Chelsea ada variasi dalam posisi Pivot / DM. Mereka boleh pakai sama the deep lying playmaker ataupun tipikal Makalele role.

Okey diharap dengan penjelasan ini korang akan dapat faham apa yang aku cuba sampaikan. Jika korang rasa artikel ini ini memerlukan pembetulan sila PM atau pun letak kat bahagian komen.