Jorginho Kecam FIFA Tak Beri Slot Kelayakan Piala Dunia Automatik Kepada Juara Eropah Itali

Sama seperti rakyat Itali yang lain, Jorginho sangat kecewa apabila pasukan Itali gagal layak ke  Piala Dunia Qatar.

Bukan itu sahaja, pemain tengah Chelsea itu mempertikaikan kriteria kelayakan diletakkan oleh FIFA.

Entah bagaimana, pasukan juara Eropah seperti Itali tak layak bermain di Piala Dunia secara automatik?

Jorginho menunjukkan ketidakselesaan dengan kriteria FIFA untuk mengklasifikasikan pasukan untuk Piala Dunia. Pemain berusian 30 tahun itu menganggap ianya adalah tidak masuk akal apabila Itali tidak diberikan slot bermain di Piala Dunia walaupun sudah menjuara Euro.

Jorginho berkata: “Ia tidak masuk akal untuk memenangi Euro dan tidak pergi terus secara automatik ke Piala Dunia.”

“Hubungi FIFA, UEFA untuk mengetahui sebabnya, kerana demi Tuhan, tolonglah jelaskan.”

Jorginho menyatakan dia sudah lama tidak setuju dengan format tersebut. Namun  dia menjadi lebih marah apabila Itali sendiri menjadi mangsa sistem kelayakan yang menurutnya tidak adil.

Pemain deep lying playmaker itu berkata: “Mungkin kerana kami [Itali] akhirnya tidak dapat layak membuatkan saya lebih marah dengan situasi ini.”

“Tetapi, hei dengar sini, anda menang [euro], anda sanggup mengorbankan diri [untuk menang Euro] dan anda perlu melalui ujian [kelayakan] sekali lagi, itu adalah helah yang benar benar kotor,” kata Jorginho, dalam temu bual dengan podcast Podpah.

Jorginho mempersoalkan, apa gunanya sesebuah negara itu berjuang mati matian untuk memenangi Euro kalau tidak ada slot secara merit ke pertandingan yang lebih besar?

“Sekarang ni, saya nak tanya, untuk apa anda memenangi Euro? Hanya semata mata untuk memenangi Euro? Hanya untuk mendapatkan Euro sahaja ke?”

“Kamu mahu memenangi Liga Europa untuk melayakkan diri ke Liga Juara Juara Eropah. Anda memenangi Liga Juara Juara, dan mara ke Kejohanan Dunia [Kelab].”

“Dunia adalah pertandingan tertinggi, di mana tiada tempat lain untuk pergi, jika anda memenangi Piala Dunia, anda layak untuk bermain yang lain. Anda memenangi Eropah, Copa America, Piala Asia, dan anda tidak layak terus ke Piala Dunia? Gila,” tambahnya.

Itali menjadi juara Eropah pada Julai tahun lalu ketika menentang England di Wembley dalam aksi final.

Jorginho menjadi nadi penting pasukannya dalam temasya tersebut. Dia adalah pemain tengah yang diberikan kepercayaan besar oleh Roberto Mancini.

Itali bangkit dengan rekod 37 perlawanan tanpa kalah, tetapi hanya berada di tempat kedua dalam kumpulan kelayakan Piala Dunia mereka dalam kelayakan zon Eropah, di belakang Switzerland.

Dalam separuh akhir play off, mereka tumbang 1-0 kepada Macedonia Utara – yang kemudian tewas di tangan Portugal untuk mara ke Piala Dunia.

Jorginho sudah memenangi banyak piala bersama Chelsea. Dia juga sudah memenagi Euro bersama Itali. Tetapi pemain itu tak pernah merasai pengalaman beraksi di Piala Dunia.

Sekaligus membuatkan Itali terlepas 2 edisi Piala Dunia berturut turut.

Itali sebelum ini pernah meminta agar mereka diberikan kelayakan ke Piala Dunia menggantikan Iran ataupun Ecuador. Namun permintaan itu tidak dilayan FIFA.

Itali menggunakan alasan bahawa mereka adalah negara pada ranking tertinggi dalam ranking fifa dari kalangan negara yang tidak layak ke Piala Dunia.

Iran dan Ecuador sebelum ini disiasat oleh FIFA, tetapi buat masa ini, kedua dua pasukan masih dikekalkan slot mereka.

Sebelum ini Jorginho pernah menyatakan bahawa dia benar benar kecewa kerana tidak dapat menyempurnakan penalti dalam pusingan kelayakan Piala Dunia. Yang membuatkan Switzerland terus mengatasi Itali.