Jose Luis Chilavert Secara Terbuka Kecam Vinicius Yang Menangis

Legenda Paraguay, Jose Luis Chilavert nampaknya menimbulkan kontroversi. Ini selepas dia membuat komen panas kepada Vini Jr.

Baru baru ini Vinicius Jr ditanya oleh wartawan tentang apa yang dia rasa sepanjang melalui beberapa siri ejekan rasis ke atasnya di Sepanyol.

Vini menitiskan air mata, dan berkata: “Saya cuma mahu bermain bola sepak.”

Vini diberikan tepukan oleh wartawan tanda sokongan mereka ke atas pemain itu.

Jose Luis Chilavert menyalahkan Vini kerana menurutnya sikap pemain itu yang suka memprovokasi penyokong adalah punca. Sambil menyatakan bahawa, bola sepak adalah sukan untuk lelaki tulen yang kental dan kuat bukannya mudah koyak.

“Ibarat roti dan sarkas. Dia yang selalu mulakan ejekan dan menyerang lawannya. Jangan jadi bapok la, bola sepak ini dulunya sukan untuk lelaki sejati. Jangan nak menangis.”

Ramai peminat mempertahankan Vini Jr. Kerana dia memang menjadi pemain yang paling teruk didera secara perkauman di Sepanyol.

Vini dan rasisme

Vinicius Jr beberapa kali mengalami penderaan secara rasisme ketika di Sepanyol. Dia pernah dikecam kerana menari yang dianggap satu provokasi kepada penyokong. Di mana ketika itu pemain Atletico, Koke seolah olah menganggap Vini sendiri punca dia diejek secara rasis kerana suka mengapi apikan penyokong.

Vinicius bagaimanapun mendapat sokongan daripada ramai pihak. Kerana dia adalah mangsa, dan dia tidak patut dipersalahkan atas apa jua jenis penderaan ejekan perkauman.

Vini pada ketika itu sangat bengang. Seolah olah ada pihak membenarkan isu perkauman dengan alasan tertentu.

Lalu dia meraikan Rodrygo dengan menari di hadapan penyokong di Wanda Metropolitano.

Jika pengurus Barca, Xavi memberikan sokong kepada Vini. Pengurus Atletico, Diego Simeone pula berpendapat sebaliknya.

Menurut Simeone, Sepanyol bukan negara rasis. Sebaliknya meminta Vinicius untuk memperbaiki dirinya kerana usianya yang masih muda.

Pada masa yang sama, Simeone telah berpendapat bahawa ini juga adalah peluang untuk semua orang membetulkan keadaan yang melanda.

Dalam kunjungan Real Madrid ke Atletico pada masa itu, Vini dilihat berperang mulut dengan Diego Simeone.

Dalam perlawanan Copa Del Rey itu, Real Madrid kali ini tewas di tangan Atletico pada masa tambahan 30 minit.

Kedua dua pasukan terikat 2-2 pada 90 minit. Namun pada masa ekstra, Antoine Griezmann dan Rodrigo Riquelme memastikan Atletico berjaya memenangi perlawanan itu.

Di luar stadium, penyokong Atletico mengejek pemain itu dengan cacian rasis.

Tahun lalu, selepas aksi menentang Valladolid, Vinicius menghantar mesej di akaunnya berhubung situasi itu.

“Orang rasis masih dibenarkan berada di stadium untuk menonton kelab terbaik di dunia secara dekat dan La Liga terus tidak melakukan apa-apa.”

“Saya akan terus mengangkat kepala sambil meraikan kemenangan saya dan Real Madrid, akhir sekali, saya pula yang salah,” tulis Vinicius.

Dia turut membidas Javier Tebas yang menyatakan bahawa dia tak pernah lihat penyokong di Sepanyol rasis.

Vinicius pernah memuat naik video beberapa insiden rasis ke atasnya. Viniciuus menyangkal pandangan ramai pihak menyatakan bahawa rasisme di Sepanyol hanya dilakukan sekumpulan kecil. Vini menyatakan sebaliknya. Misalnya di Valencia, beribu ribu penyokong melaungkan Vinicius monyet.

Rakaman itu menunjukkan beberapa klip video kumpulan penyokong lawan memanggilnya monyet dan menyuruhnya ‘berambus dan mati’ di antara penderaan perkauman yang dia terima.

“Setiap perlawanan di luar ‘home’ adalah kejutan yang tidak menyenangkan. Dan terdapat banyak yang berlaku pada musim ini. Doa kematian, anak patung yang digantung, banyak jeritan berbaur jenayah… Semuanya ada dirakam,” tulis Vinicius bersama video itu.

“Tetapi ianya selalu dianggap ‘kes terpencil’, ‘sebahagian kecil peminat’. Tidak, ini bukan kes terpencil. Ia adalah episod berterusan yang tersebar di beberapa bandar di Sepanyol (dan juga dalam program televisyen).”

“Buktinya ada dalam video. Sekarang saya bertanya: berapa ramai daripada perkauman ini mempunyai nama dan gambar yang didedahkan di laman web? Saya menjawab untuk memudahkan kamu: jawapannya sifar. Tidak perlu menceritakan kisah sedih atau membuat permohonan maaf awam palsu itu.”

“Apa yang kurang untuk menganggap orang-orang ini melakukan jenayah? Dan menghukum kelab secara kesukanan? Mengapa penaja tidak mengenakan hukuman dari segi bayaran tajaan La Liga? Tiadakah saluran televisyen yang mahu bersusah payah menyiarkan kebiadaban ini setiap hujung minggu?”

“Masalahnya sangat serius dan komunikasi tidak lagi berguna. Bukan menyalahkan saya untuk mewajarkan perbuatan jenayah mereka juga.”

“Anda bukan bola sepak, anda tidak berperikemanusiaan.”

Terdapat kesan ketara selepas kontroversi hujung minggu, ketika presiden La Liga Javier Tebas mengecam pemain antarabangsa Brazil itu, memberitahunya: “Sebelum mengkritik dan menghina La Liga, anda perlu merpabaiki diri anda dengan betul, Vinicius.”

Penyerang itu mengutuk Tebas dan berkata: “Mengelakkan diri anda hanya menjadikan anda sama dengan mereka yang bersikap perkauman.”

“Saya bukan kawan anda untuk bercakap tentang perkauman. Saya mahukan tindakan dan hukuman. Hashtag tidak akan membuatkan saya lega sama sekali.”

Seluruh dunia bola sepak telah berdiri di belakang Vinicius dalam menghadapi serangan yang ditujukan kepadanya, dengan orang seperti jurulatih Madrid Carlo Ancelotti, rakan senegara Neymar dan bintang Paris Saint-Germain Kylian Mbappe memberikan sokongan mereka.

Berikut adalah video yang dikongsikan Vinicius di Instagram rasmi miliknya.

Carlo Ancelotti pernah menyatakan bahawa dia sebenarnya bimbang perkauman akan membuatkan La Liga kehilangan pemain berbakat seperti Vini Jr. Namun dia berkata dia faham jika Vinicius sudah tawar hati bermain di sana lagi.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di