Jose Mourinho menafikan bahawa dia adalah orang yang mahu menjual Kevin De Bruyne ketika di Chelsea. Namun menegaskan bahawa keputusan itu adalah dariapda De Bruyne sendiri yang terkilan kerana diletakkan di bangku simpanan ketika aksi Piala Super Eropah menentang Bayern.
“Kami pergi ke pramusim di Asia. Kami pergi ke Indonesia, Thailand, dan Kevin akan dipinjamkan ke Jerman. Saya memberitahu kelab tidak, saya tidak mahu dia dipinjamkan, saya mahu dia bersama saya. Dia kekal bersama saya, dan dia memulakan musim Liga Perdana Inggeris dengan bermain di 11 permulaan”.
“Selepas itu, kami bermain Piala Super Eropah di Prague menentang Bayern dan dia tidak bermain perlawanan itu. Kemudian, keesokan harinya, dia mahu pergi. Kami bermain perlawanan kedua Liga Perdana musim ini menentang Manchester United di Old Trafford dan kami seri 0-0.”
“Dia berada di bangku simpanan dan dia bermain beberapa minit, tetapi ia tidak mencukupi untuknya, jadi dia mahu pergi”.
Mourinho menegaskan bahawa De Bruyne sangat tak sabar pada masa itu, namun dia akui bahawa pemain itu betul dalam perkara itu, daripada apa yang dia buktikan di dalam kariernya.
“Apabila anda berada di Chelsea dan anda mahu pergi, pergilah dan pemain yang lain akan datang. Mereka hanyalah budak budak yang tidak sabar, dan kerjaya mereka mengatakan bahawa mereka betul, tetapi itu tidak bergantung kepada saya. Mungkin orang lain akan mengatakan saya menolak mereka, tetapi pastinya mereka tak akan kata begitu.”
Pada hari ini De Bruyne menjadi pemain elit di dalam arena bola sepak dan menjadi pemain penting dalam sejarah kegemilangan Manchester City.