Jose Mourinho Sekolahkan Wartawan 4 Minit Selepas Tanya ‘Di Mana Spurs Sebenar?’

Jose Mourinho akhirnya kembali dengan cap dagang beliau ketika temuramah dengan wartawan.

Beliau meroyan selama 4 minit selepas kekalahan pasukannya di tangan RB Leipzig.

Mourinho bengang kerana wartawan bertanya, ‘Bila agaknya Spurs nak kembali kepada Spurs yang sebenar?’

Mourinho tak pasti apa jenis soalan yang diajukan kepadanya. Seolah olah mahu menuduh Spurs di bawah kendaliannya sedang merosot.

“Come on la, apa maksud kamu ‘Spurs yang sebenar? Come on!”

“Kita kena setia dengan bebudak ni, ayuhlah kita memuji usaha para pemain dan beritahu bahawa mereka sudah melakukan segalanya di atas padang.”

“[Erik] Lamela, kau tau tak berapa banyak sesi latihan dia terlibat sejak dia kembali daripada kecederaan?

“Kosong. Direct daripada kecederaan, dia masuk ke dalam padang dengan para fisio, direct 20 minit perlawanan UCL.”

“Inilah pasukan kita. Kamu nampak benda tu, dan kamu boleh tengok dua perspektif.”

“Perspektif pertama adalah, mereka ini adalah sekumpulan pemain yang melakukan apa saja. Perspektif satu lagi, kamu dapat tengok di mana kami ketika ini.”

“Kau tengok pula pemain pasukan lain. Mereka ada [Patrik] Schick, [Timo] Werner, dengan [Christopher] Nkunku.”

“Nkunku keletihan? Mereka masukkan [Emil] Forsberg. Schick keletihan? dikeluarkan masuk pula [Yussuf] Poulsen.”

“Ini situasi kita sekarang. Kitorang seperti berperang dengan senapang yang tidak ada peluru.”

Mourinho kemudian menjawab kritikan daripada penyokong Spurs kerana mempertikaikan pemilihan pasukan beliau.

Spurs kini tanpa pemain utama, Harry Kane dan Son Heung-min yang cedera panjang.

Mourinho menyatakan bahawa, beliau terpaksa membuat rotation kerana ada perlawanan menentang Chelsea selepas ini.

“Saya sekarang cuba untuk menguruskan setiap satu pemain yang kita ada. Jangan kata kat aku yang Lamela dan Ndombele bermain.”

“Jadi, pemain yang kita ada hari ini, mereka fantastik. Saya tak boleh nak lebih gembira daripada hari ini, memiliki pemain pemain ini, yang ada limitasi.”

“Namun kita beraksi pada hari ini, dengan Chelsea menyaksikan kita sambil minum sparkling water depat tv. Dan kemudian akan menentang mereka pada Sabtu. Terima kasihlah kepada mereka yang buat jadual perlawanan kami untuk Sabtu ini.”

Selain itu, Dele Alli juga menunjukkan kemarahannya kerana ditukar. Mourinho menyatakan, kemarahan Alli itu tiada kaitan dengannya. Kerana Alli marahkan dirinya sendiri, kerana aksi tidak memberangsangkan.

“Dele Alli marah kat dia sendiri kerana bermain teruk. Selepas saya gantikan dia, kami bermain lebih baik.”

Ketika sidang media juga, Mourinho enggan memberikan rumusan ketika ditanya sama ada Spurs bermain baik ataupun tidak?

Mourinho menjawab: “Ok, saya tak nak jawab soalan kamu, kerana saya tak suka dengan soalan kamu. Dah tersasar kau ni.”

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di